Cara Mencari Ketenangan Dengan Semudah Berjalan Kaki

‘Mindfulness’ ketika berjalan; bermaksud, kita berjalan, tapi otak kita tak fikir apa-apa.

Biasanya minda kita ‘wander around’ kan?

Berfikir dari satu topik ke satu topik. Macam kita scroll social media, dari satu update ke satu update, otak kita akan jump attention dari satu cerita ke satu cerita.

Yes, itu salah satu ‘ketidak-baikan’ social media.

Dari fikir kunci kat mana, lunch apa, dengar lagu teringat kisah lama, dari kisah itu jump kepada kisah lain, phew!

Kenapa Nak Latih Otak Untuk Fokus?

Fokus sangat penting, supaya kita dapat control fokus kita dalam solat. That is the ultimate goal.

Dari angkat takbir, sehingga beri salam, fokus kita pada bacaan dalam solat. Kita usaha.

Cara Untuk Praktis ‘Mindfulness’ Ketika Berjalan

Nota: Step di bawah ini tidak perlu ikut turutan. Ikut keselesaan.

1. Fokus Pada Rasa Badan

Ketika berjalan, fokus pada rasa di kaki. Tapak kaki berpijak di kasut, atas permukaan jalan. The pressure pada tapak kaki.

Stokin yang menbaluti kaki. Kasut yang menutupi kaki.

Kemudian beralih ke betis, peha. Rasa seluar yang kena pada kaki.

Naik ke atas. Sampai perut, dada, bahu, tangan, kepala (dagu, pipi, hidung, telinga, dahi).

Nota: Sewaktu sedang baca posting ini, boleh cuba. Boleh tutup mata dan buat. Rasakan ketenangan itu. Nikmat apabila minda tidak fikirkan hal lain.

2. Fokus Pada Pendengaran

Ketika sedang berjalan, apa yang dapat kita dengar?

Bunyi angin yang meniup daun di pokok. Bunyi kereta, motor. Atau bunyi ombak (untuk yang bersenam di tepi pantai).

Fokus pada pendengaran untuk beberapa minit.

3. Fokus Pada Penglihatan

Ketika berjalan, lihat sekeliling. Warna daun. Tekstur pokok.

Lihat kedepan.

Sebelum ni kita berjalan, mungkin kita tidak perasan pada keindahan sekeliling. Minda kita sibuk.

Dengan praktis ‘walking meditation’ ini, kita akan lebih tenang (dengan izinNya).

4. Fokus Pada Bau

Bau pokok, bau daun, bau air laut, atau bau apa-apa di sekeliling. Cuba fokus.

Tidak perlu terlalu push diri. Hanya bring attention to the sense of smell.

5. Fokus Pada Rasa Sekeliling

Rasakan angin yang bertiup terkena pipi. Angin yang terkena baju.

Rasakan ‘temperature’ sekeliling; panas, atau sejuk.

Nota: Again, step di atas ini tidak perlu ikut turutan. Ikut keselesaan.

Mungkin Ini Ketenangan Yang Dicari…

Rasakan perbezaan. Rasakan ketenangan. Selamat mencuba.

Dulu-dulu, saya sendiri selalu berjalan sambil dengar podcast. Not anymore.

Samada sambil zikir, atau buat walking meditation seperti di atas.