Usaha vs Tawakkal

Betul ke Setiap Usaha Kita Menjadi?

Masa tu Jumaat petang. Selepas Asar. Aku runsing.

Ketika itu sedang duduk di sofa dalam office. Sambil mengadap laptop.

Esoknya Sabtu, ada official event di office. Aku ditugaskan untuk cari media. Tapi aku belum jumpa media yang confirm nak datang.

Beberapa hari sebelum, dah email banyak syarikat media. Hantar email rasmi. Tambah pula dengan telefon sana sini tanya.

Petang tu jugak colleague dari France buat makan-makan kat rumah dia. Aku beritahu tak dapat datang. Sebab nak uruskan hal media.

Aku pun solat Asar. Selepas solat aku berdoa. Mengadu. (Hidup single begitulah. Tiada tempat lain untuk mengadu. Hanya pada Yang Satu)

Berdoa juga meminta, agar dapat media. At least, one.

Kemudian sambung kerja. Call media again & again. Ada yang jawab, “Malam ni baru dapat confirm dapat datang ke tak esok.”.

Ada yang jawab, “Cuba awak call orang ni.” Hmm, begitulah.

Pulang ke rumah tanpa hasil. Tak tau dah nak buat apa. Aku pun tak ingat dah aku buat apa malam tu.

Cuma yang ingat, mungkin pukul 10 lebih masa tu, ambil fon dari tempat charge. Baca 1 message. Dari unknown number.

Dia tanya, “Esok event pukul berapa?”

Rupanya dia dari Astro Awani. Happy nya hati Tuhan saja yang tahu. Aku yakin ini hadiah dari Yang Satu. (Sepatutnya doalah jodoh sekali kan?)

Dapat pulak media yang terbaik di Malaysia.

Bukan usaha kita yang buatkan kita dapat sesuatu sebenarnya. Kita dapat sesuatu, sebab Dia yang beri. Dia yang mudahkan.

Dan kisah ‘effort’ conference yang lepas, ianya juga diselangi dengan doa. (Baca sini untuk kisah conference: ada link Facebook ni malaslah nak bukak FB haha.)

Kalau kita berniaga, bukan iklan kita yang sebabkan orang membeli. Tapi, Dia yang gerakkan hati ‘customer’ untuk beli dengan kita.

Namun, effort tetap kena ada. Bukan sekadar doa.

“Orang yang berusaha kuat, dia mesti berjaya.”

p/s: Sehari selepas event, bos message cakap congrats on the media effort. Lepas tu gaji naik immediately wah wah wah.

Tak lama selepas tu, bos tu pulak dilantik oleh Bank Negara untuk jadi ceo di company investment lain. Walaupun dia bukan orang Malaysia. Rezeki dia buat baik dengan orang.

Raya Haji baru ni dia hantar message. What a nice ‘message’ from the nature!