Bagaimana Sistem US Election Berfungsi?

Saat ini masih teruja menanti keputusan US Election. Lebih teruja daripada tunggu rockers Mus May nyanyi lagu Yuna dalam konsert GV yang lepas.

Sumber: Google “US Election” (waktu sekitar 6.35PM Malaysia Time 5-Nov-2020)

Apa Itu Electoral Votes?

Sistem US Election ini lain dari yang lain. Luar biasa.

Tak semestinya yang menang popular votes akan jadi President.

Contoh pada tahun 2016, Donald Trump vs Hillary Clinton. Lihat screenshot dibawah.

Clinton mendapat jumlah undian yang lebih banyak dari Trump. Tetapi Trump yang menjadi President.

Source: https://www.270towin.com/2016_Election/

Begitu juga pada tahun 2000, George W Bush vs Albert Gore, Jr.

Albert Gore mendapat jumlah undiah yang lebih banyak. Tetapi Bush yang menjadi President.

Source: https://www.270towin.com/2000_Election/index.html

Kenapa jadi macam tu?

Ini disebabkan sistem Electoral Votes. Sebelum saya terangkan lebih lanjut apa itu Electoral Votes, kita kena faham tentang US Congress.

US Congress

Senang cerita, US Congress ini adalah kerajaan US.

US Congress (535 members) ini terbahagi kepada dua kumpulan:

[1] US Senate (100 senators)
+ Setiap negeri di US diwakili oleh 2 senator.
+Term: 6 tahun

[2] House of Representatives (435 representatives)
+ Setiap negeri diwakili oleh representative, dan jumlahnya bergantung pada populasi negeri. (Semakin besar jumlah penduduk, semakin banyak wakil)
+Term: 2 tahun

Additional notes: Washington DC, which has no Congressional representation, has three electors.

Electoral Votes & US Congress

Map di bawah menunjukkan jumlah “Electoral Votes” bagi setiap negeri.

Source: https://www.britannica.com/topic/United-States-Electoral-College-Votes-by-State-1787124

Contoh jumlah ‘Electoral Votes’ di California ada 55. Ini terdiri daripada 2 Senator + 53 House of Representatives. (p/s: Keep this number in mind. We gonna talk about this again later)

Disebabkan California mempunyai jumlah penduduk yang tinggi, maka ada banyak House of Represantatives di negeri tersebut.

Macam Mana Electoral Votes Menentukan Siapa President?

Dalam kiraan election ada 2 perkara [1] Electoral Votes [2] Popular Votes.

Untuk menjadi President, calon memerlukan 270 ‘electoral votes’.

Apabila rakyat US mengundi, mereka pilih calon President. Tetapi undian tersebut ‘indirectly’ support siapa yang akan jadi President. Undian tersebut akan menyumbang kepada nombor di ‘Popular Votes’.

Source: https://www.270towin.com/2016_Election/

Calon yang dapat undian paling banyak dinegeri itu, akan menang “Electoral Votes” di negeri itu.

Contoh, kalau Biden dapat undian lebih dari Trump di California, kesemua 55 “Electoral Votes” di California tadi berpihak pada Biden.

Calon perlu 270 electoral votes untuk menjadi President.

Boleh rujuk kembali map di atas. Number of electoral votes ini berbeza mengikut negeri. Makin besar populasi negeri itu, makin tinggi jumlah electoral votes di negeri tersebut.

Sebab itu, campaign yang dilakukan oleh calon President lebih tertempu di kawasan yang jumlah Electoral Votes nya tinggi. Ini strategi marketing namanya.

Kenapa Result Tahun Ni Tak Cepat?

Disebabkan Covid, maka ramai yang mengundi melalui pos.

“Counting postal votes is slower because voter and witness signatures and addresses must be checked.”

“Some states start that verification process long before election day, meaning the count itself can get under way as soon as polls close. Others, however, do not allow that.”

Negeri yang tidak benarkan proses lebih awal itu adalah: Nevada, Georgia, North Carolina, Pennsylvania and Alaska

Ada juga negeri yang masih terima undi pos sehingga 12 November iaitu North Carolina. (Hari election adalah 11 November)

Ada juga negeri yang terima pos undi selepas 11 November asalkan tarikh post tidak lewat dari 3 November. Contoh Pennsylvania beri deadline sehingga Jumaat.

Ada juga kes yang asalnya nak buat undi pos, tapi akhirnya keluar mengundi. Yang ini perlukan careful checking untuk make sure tiada yang undi 2 kali.