Macam Mana Nak Buat Kalau Orang Buat Kita Down?

“Macam mana nak buat kalau orang buat kita down?”

Kawan berkongsi cerita. Sedih bila ada mindset lain dari yang lain. Maka orang sekeliling asyik cakap belakang.

Ini perkongsian dari tokey kurma brand Ahmad Tamar, Syed Hamdi. Perkongsian ini turut dikongsikan dalam program #abay.

Dalam pertandingan untuk dapatkan funding dari Peneraju, Ahmad Tamar hanya sebuah company yang jual kurma. Company lain yang join pertandingan adalah company tech startup.

Bila ditanya jual apa, response mereka adalah, “Jual kurma je?”

Last-last yang menang pertandingan adalah, yang jual kurma je.

So, macam mana nak tempis bila orang pandang rendah?

Macam mana nak tempis bila orang buat kita down?

Macam mana nak kekal dengan mindset “Aku orang hebat”?

Caranya adalah dengan bina shield.

Pagi-pagi, jerit incantation, contoh:

“AKU HEBAT! AKU KUAT! AKU BERSEMANGAT!”

Kena jerit. Kena buat kuat-kuat.

Aktiviti ini nampak tak cool. Kena tolak cool tu ke laut untuk aktiviti ni.

Tapi sebab nak control cool punya pasal, kadang-kadang aku buat dalam kereta.