Macam Mana Nak Berubah Jadi Orang Baru?

Suatu pagi bangun tidur, muncul wajah mereka yang mengguris hati.

Lalu teringat sebuah pesanan yang diberi pada rakan.

Rakan ini bertanya, dia malu dulu dan sekarang masih belum berubah.

Saya kongsikan sebuah ilmu baru dari program ABAY, Amazing Brain Amazing You’

“Kita tak dapat berubah sebab minda kita asyik play movie semalam. Kalau nak berubah, kita kena play movie baru. Movie in the future.”

Sebelum tidur dan waktu pagi, visualise kita dah capai apa yang kita nak capai. Ini movie baru yang kita perlu “play” dalam minda.

Bukan lagi “play” movie semalam putus cinta, patah hati, hero kena tembak, heroin kena lempar dengan bomb dsb.

Pesanan yang kita kongsi dengan orang, untuk kita juga.

Kerana kita satu sama terhubung.