Tulis Untuk Seseorang

Masa tu terdengar orang sebut, “Saya dah let go, tapi tak let God.”

Fuh. Ini macam status Facebook aku haritu je. Ada gak orang baca rupanya.

Ingatkan orang tekan like je. Lepas tu terus scroll laju-laju. Tak tahu apa sebenarnya yang dicari.

Kebahagiaan? Cari dalam FB jumpa ke? #deep

Menulis ni rasa macam benda kecil. Tapi rupanya ada yang sangat menghargai.

Mungkin Tuan Puan sudah lama mahu menulis. Tapi takut nanti apa orang kata.

You may not change the whole world, at least you change someone’s world.

Noktah.

p/s: Masa lunch hari yang sama, orang yang share tu cakap, “Dah lama nak jumpa Wan, harini dapat duduk sebelah pulak.”

Wah, berbunga-bunga hati. Terasa macam artis pulak. Cuma tak pakai spek hitam je masa tu.