Kenapa Perlu Teruskan Menulis?

Haritu terdengar conversation orang, “Kalau tak share ilmu tu, nanti masuk neraka!”

Sentap.

Teringat pesanan abang sulung suatu ketika dulu, “Ilmu yang ada tu kena share. Jangan simpan sorang-sorang.”

Juga sentap. Tak tahu nak kongsi macam mana.

Masa tu baru keluar dari bangunan Darussyifa di Bangi.

Tuhan sudah beri kelebihan menuntut ilmu dengan seorang ulama’, TG Haron Din.

Abang kedua juga pernah berpesan, “Jangan berhenti menulis.”

Hari ini saya mahu panjangkan pesanan tersebut. Semoga penulisan kita menjadi cabang ilmu yang bermanfaat.


Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.