Andai Anda Rasa Tidak Ada Perkara Untuk Disyukuri, Baca Artikel Ini

Man is fond of counting his troubles, but he does not count his joys. If he counted them up as he ought to, he would see that every lot has enough happiness provided for it.

Fyodor Dostoevsky

Bila hari kita ceria, mudah untuk kita bersyukur. Lebih mudah lagi apabila kita dikelilingi perkara yang menggembirakan.

Today, 10/10/2020 my friend got married. Mudah untuk orang baru berkahwin, atau mereka yang hidup bersama pasangan yang dicintai untuk bersyukur.

Mudah juga untuk mereka bersyukur bagi mereka yang tinggal bersama parents yang baik. Hubungan parents dan anak baik.

Baru ni terdengar cerita seorang wanita sakit, masuk hospital. Selepas 2 hari, ingatan hilang. Tidak ingat suami dan anak-anak. Hanya ingat parents dan adik-beradik. Doktor kata kuman di otak. (Semoga Allah kurniakan kesembuhan pada wanita ini dan semoga Allah lindungi kita dan keluarga kita dari segala penyakit bahaya.)

Wanita ini rupanya di rumahnya ada adik ipar dan keluarga adik ipar ini bersama. Well, this may be tough for some people.

Mungkin ada orang yang hidupnya, environment nya tidak supportive.

Contoh;
Kerja yang tak seronok, colleagues and boss tak supportive;
Tinggal dengan parents, tapi tak pernah berbicara atau parents terlalu garang;

Selain cuba untuk keluar dari environment yang tidak supportive (dalam Quran juga disebut tentang hijrah), notice the small things. Well, untuk mereka yang hidup dengan environment positive juga perlu amalkan.

Notice the small things. Instead of waiting for the big things to happen — marriage, kids, house, nice car, big promotion, .. — find happiness in the small things that happen every day. Little things like having a quiet cup of coffee in the early morning hours, or the delicious and simple taste of berries, or the pleasure of reading a book with your child, or taking a walk with your partner. Noticing these small pleasures, throughout your day, makes a huge difference.

Leo Babauta

Dale Carnegie juga bercerita dalam bukunya, tentang seorang wanita yang hanya boleh melihat dengan sebelah mata sahaja. Nak baca buku pun kena dekatkan buku pada mata, baru nampak.

Pada umur 52 tahun, wanita ini buat pembedahan mata. Barulah dia dapat melihat 40x lebih jelas.

Then, apa dia buat? Dia basuh pinggan, ada buih pada tangan dia, tangan diangkatkan ke cahaya untuk lihat warna-warna pelangi dalam buih tu.

Dekat tingkap di sink, dia melihat burung ‘sparrow’ terbang.

Dia happy sangat dengan buih dan sparrow ni dan dia tulis dalam buku betapa dia sangat berterima kasih pada Tuhan.

All the days of our years we have been living in a fairyland of beauty, but we have been too blind to see, too satiated to enjoy.

Dale Carnegie

Pernah terbaca buku TG Nik Aziz (ceramah beliau yang dibukukan). orang yang susah untuk ‘membuang’ akan rasa sangat bersyukur bila dapat membuang.

Pernah rasa bersyukur lepas keluar bilik air?