State of Mind: Past, Present, Future

Past
Present
Future

Ini bukan posting kelas English. Ini adalah state of mind.

Ketika baca posting ini, kita berada dalam present moment.

Kalau tiba-tiba teringat apa berlaku pagi tadi, itu adalah past. Atau insiden awal bulan. Atau tahun lepas. Senang cerita, apa-apa yang berlaku sejak lahir sehingga 1 saat yang lepas; itu semua past.

Kalau tiba-tiba terfikir lepas ni ada PKP balik ke; ini adalah future.

Fikirkan benda negatif tentang past boleh wujudkan depression. Kalau future, anxiety.

Just enjoy the present moment. There’s a reason why it is called as present. Because it is indeed a present.

Alangkah bahagianya andai solat dari takbir hingga salam itu, manusia kekal berada dalam present moment, bukan past atau future…


Ketenangan diperlukan setiap insan. Kunci ketenangan ada dalam diri.

Dengan appreciate the present moment.

Tutup mata. Dengar bunyi sekeliling. Fokus.

Buka mata lihat sekeliling. Cantiknya ciptaan Tuhan. Atau hebatnya pinjaman akal yg tuhan pinjamkan pada manusia untuk bina bangunan di sekeliling kita.

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya.”
[Surah al-Fajr 27-28]

Cantik aturan solat yang diberi 5x sehari. Untuk manusia rasai ketenangan…..

Take a moment to pause. And appreciate the present moment.