Kalau Buka Handphone Tak Tengok Social Media, Nak Tengok Apa?

Emm, YouTube!

Steven Kotler dalam talk nya berpesan, “Make a list of 25 things you’re curious about.”

(Aku list 3 je sebab tak berapa rajin.)

Kemudian beliau pesan cari ‘intersect’ antara benda yang kita list.

(Ok nasib baik list 3 je)

Bila buka YouTube, fokus perkara itu sahaja.

But, well, we are all human. Kadang-kadang perlu hiburan juga.

Hiburan yang aku ambil untuk diri sendiri buat masa ni adalah tonton Mind Your Language kat YouTube (1 episod sehari). Kadang-kadang nak rehat juga. Takkan nak kerja memanjang kan?

Steven Kotler pesan untuk spend masa dengan perkara yang kita passionate about. Ini adalah untuk increase ‘flow’.

Mungkin ada yang suka memasak. Atau berkebun. Atau baca buku. Yang ni lagi bagus. Tak perlu pegang handphone terus.

Ok, selain YouTube, bila tangan nak pegang phone juga, boleh baca website tertentu yang kita suka.

Bila kita buat benda yang kita suka, benda tu boleh beri excitement kepada tubuh badan dan otak. Which is of course, good for our emotional wellbeing.

Contoh, tengok website yang berkaitan dengan topik favorite kita.

Contoh website dengan epic content:

  • Seth Godin – Seth menulis di blog beliau setiap hari di seths.blog
  • Steven Kotler – Boleh lihat collection video beliau disini (tekan link pada nama)
  • Leo Babauta – Blog yang sangat famous di US yang bercerita tentang kehidupan ‘zen’ (hidup tenang gitu)
  • TheMinimalists – Blog tentang minimalism. Dulu aku suka baca sebab penulisan English dia very powerful. In fact, Joshua pun buat kelas menulis (HowToWriteBetter)
  • Bayyinah TV – Collection video Nouman Ali Khan. Banyak bercerita tentang Quran. Perlu subscribe $11 sebulan (lebih kurang dalam RM50 sebulan). Atau tengok saja video beliau di YouTube. Free. (Again, promote YouTube lagi)

YouTube is very powerful untuk belajar. Boleh belajar programming, trading, marketing, nak bertukang D.I.Y etc. Yang penting, tahu apa untuk di fokus.

Or even Telegram channel, contoh Telegram Ustaz Nasrullah: Audio Magnet Rezeki. Dekat channel ni, pergi dekat Audio. Dekat situ ada collection audio (dah ada 45 series). Aku dengar masa PKP dulu sambil-sambil mop lantai, selepas PKP sambil-sambil masak… You got the point aite?