Social Media Makes Us Feel Like We’re Not Enough

Bila tengok IG Story seseorang, update gambar isterinya memasak…

“Untung lah dapat bini pandai masak..”
“Untung lah dapat bini cantik..”
“Untung lah anak orang kaya..”


Orang perempuan yang pandai memasak merasakan dirinya tak cukup pandai memasak. Walapun dia sebenarnya boleh masak benda lain.

Orang perempuan yang cantik merasakan dirinya tidak cukup cantik. Walaupun mukanya bersih takde jerawat.

Orang biasa mula merasa tak best, “Senanglah dia kaya sebab bapak dia ada business. Dia sambung je.” Atau “Best lah dia dulu senang belajar business indirectly dengan ayah dia je.”

Some people will think they are not enough.

The truth is, kalau tak pandai memasak boleh belajar.

Kecantikan; semua orang cantik. It’s just how people treat themselves. Pilihan sendiri nak pakai macam mana dan bergaya macam mana.

Lahir dalam keluarga biasa? Terlalu ramai orang berjaya hari ini lahir dari keluarga biasa. Boleh fikir seseorang?

Orang yang belum kahwin melihat kebahagiaan pasangan lain di social media. Gambar honeymoon, pegang tangan, bawak anak jalan-jalan; mula merasakan dirinya “Not Enough.”

The truth is, orang belum kahwin ada peluang masa untuk ‘contribute’.

Orang yang dah kahwin melihat pasangan lain gembira, mula merasakan pasangannya tak hargai dia. Kenapa pasangan aku tak sweet macam tu? Why don’t you start to become sweet first?

And another truth is, kita tak boleh halang orang lain upload gambar macam mana.

Contoh, “Tak elok lah upload gambar makanan. Kesian orang yang tak dapat makan macam tu.” – Orang nak dengar ke?

“Tak elok lah upload gambar orang kahwin sweet sweet dalam Insta tu.” Heh, orang nak dengar ke?

Kita tak boleh ubah orang lain.

Social media will stay as social media.

Menyebabkan kita sentiasa melihat kelebihan orang lain. Akhirnya, lupa kelebihan lain yang ada pada diri sendiri.

Apabila lupa kelebihan diri sendiri, bagaimana untuk bersyukur?

And then Iblis said, ‘Because You have put me in the wrong, I will lie in wait for them all on Your straight path: I will come at them- from their front and their back, from their right and their left- and You will find that most of them are ungrateful.’

[Al-A’raf 7:16-17]

(Iblis) menjawab, “Karena Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus, kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.”

[Al-A’raf 7:16-17]