Bagaimana Untuk Siapkan 1 Projek?

“If you chase two rabbits, you will not catch either one.”

Russian Proverb

Itulah cabaran saya dulu. Always chasing two rabbits at the same time.

Project vs Task

Sebelum saya ulas lanjut, perlu faham beza project vs task.

Contoh PROJEK, siapkan majalah, buku, documentary, rumah, filem Mael Totey etc.

TASK pula adalah pecahan kecil pada 1 projek.

Contoh PROJEK buat rumah. TASK nya adalah: Lukis pelan rumah, electricity, piping, beli bahan-bahan asas (batu, simen, kayu, flooring dsb.).

Sebelum berpindah kepada buat rumah lain, perlu siapkan semua task untuk satu projek rumah dulu.

Baru cantik.

Bayangkan 1 rumah terbengkalai, terus lompat pada projek rumah ke-2.

Orang lalu-lalu tengok, bila rumah ni nak siap?

The thing is, ada projek kita yang kita sendiri tahu belum siap. Dan orang lain tak nampak.

Caranya? List kan task apa yang perlu dibuat satu-satu.

Contoh Projek eBook

Ini adalah contoh projek eBook The Secrets of Writing Faster.

Task List:

  • Siapkan eBook
  • Proofread by expert
  • Editing proses selepas proofread
  • eBook siap untuk dijual, buat preview eBook untuk orang download
  • Marketing (bawah marketing ni pula ada pecahan lain pula)

Conclusion

Can’t deny the fact that listing the TASK of the PROJECT is quite tedious. Lebih baik andai dapat cari team untuk delegate task.

Untuk permulaan, bila kita buat sendiri, kita dapat lihat broader perspective.

Bila kita dah boleh delegate task, lebih mudah untuk guide team bagaimana prosesnya.

Nak lebih cepat? Terbalikkan fon, turn off notification.