Macam Mana Dia Boleh Buat Sales Tinggi?

“The sweet is never as sweet without the sour…”

Tanpa kewujudan rasa ‘masam’, kita takkan hargai ‘kemanisan’ sesuatu makanan.

Begitu juga hidup. Tanpa kepayahan, kita tak dapat ‘merasai’ manisnya sesebuah kejayaan.

Segala kecaman, keperitan, kesedihan; semuanya memberi satu ‘energy’ dalam diri kita.

Semakin kuat ‘energy’ itu, semakin tinggi ‘frequency’ yang kita produce.

Orang tanya, kenapa dia buat sales tinggi sangat? Orang lain tak dapat kejar.

Sebab keperitan yang dia lalui, menyebabkan ‘frequency’ dia sangat tinggi. Dan sekarang dia mahu bantu orang lain keluar dari keperitan itu.

Tanpa disedari, segala iklan dia akan disertai ‘frequency’ yang sangat tinggi. ‘Frequency’ itu akan reach mereka yang ingin dibantu.

Dan guru dalam business sentiasa berpesan, business is about “Apa yang dapat kita bantu orang lain?”

Sebelum kita bantu orang, lihat apa ‘pain’ yang kita (atau orang terdekat) pernah lalui. Dan sekarang kita mahu bantu orang lain keluar dari ‘pain’ itu.

“It isn’t about you, it’s about everyone else, and when you make everyone else’s life better, your life automatically opens up and expands monstrously.” – Jay Abraham