Banyak Kerja, Kenapa Nampak Rileks?

“Akak ni banyak kerja, tapi kenapa nampak rileks je?”

Soalan terpacul dari colleague ketika kami tengah lunch di airport.

Masa tu baru lepas hantar orang pergi umrah. Umrah yang di sponsor oleh company, sebab berjaya buat sales tinggi.

“Kita makan dulu.” Aku jawab dan gelak.

Tapi masa makan tu tak sampai hati pula nak delay jawapan lama-lama. Wajah colleague sangat menantikan jawapan.

Wajah ala-ala kucing dalam cerita Shrek tu.

Mungkin juga sebab setiap kali masuk office masa tu, antara perkara pertama yang aku buat adalah… menyanyi dengan gembira.

“Past, present, future.” Aku mulakan bicara

“Fikiran manusia sentiasa berada dalam salah satu dari 3 kondisi ni.”

Past: Waktu tengah makan kita fikir tadi hantar orang pergi umrah. Tadi ada taklimat (oleh mutawwif).

Time kita masuk airport, kita ambil video. Ambil gambar. Ini semua ‘past’.

Mungkin juga teringat kisah semalam, minggu lepas, atau kisah lama-lama.

Tak puas hati dengan orang. Gaduh. Orang buat tak baik pada kita.

Ini semua past.

Future: Kalau future, kita fikir, japgi kita nak balik office. Kerja banyak ni.

Kita fikir lepas ni nak buat apa.

Present: Kalau present, kita enjoy food ni. Texture dia, flavor dia, rasa masam manis kat mana.

Bila kita sentiasa dalam present moment, kita tak perlu risau masa lepas. Atau future.

So kita pun relaks jer.

Perbualan ni juga ingatkan pada conversation yang aku baca di internet. Tentang 2 sahabat, Ryan & Josh.

Ryan tanya Josh, “Why are you so happy?”

Ryan tahu hidup Josh ni sama jer macam dia. Kerja banyak & pelbagai lagi cabaran manusia biasa.

Josh jawab, “Well, there’s a thing called minimalism.”

Dan kemudian, Josh pun explain tentang minimalism…

Apabila kita sudah embrace minimalism, lebih mudah untuk kita sentiasa be at present moment. Bukan past atau future.