Resepi Content Marketing: Pain vs Pleasure

Ramai sangat orang share resepi musim PKP ni, aku pun nak share resepi gak.

Dalam marketing, ada konsep mencari pain & pleasure prospect.

Content (copywriting/video/poster) digunakan untuk menggambarkan pain & pleasure tersebut.

Contoh produk :

1. Hand sanitizer. (p/s: produk ni tak perlu copywriting. guna sebagai contoh sebab mudah)

+ Pain: “Tak takut ke pergi supermarket beli barang tiba-tiba dengar ada orang +ve covid pergi kedai tu juga.”

+ Pleasure: “Guna hand sanitizer ni bagus supaya kita terjamin tiada virus melekat di tangan.”

2. Produk brain booster

+Pain: “Anak orang lain semua naik pentas, anak kau naik tangga rumah je. Tak malu ke bila sedara-sedara tanya berapa A pekse baru ni?”

+Pleasure: “Bayangkan anak belajar rileks je tapi jadi top scorer. Semuanya dengan kerana ambil makanan natural bernutrisi tinggi tanpa bahan kimia seperti produkā€¦ “

Setakat ni ok untuk beza antara pain & pleasure?

Aku personally lebih suka menggunakan ‘pleasure’. Sebab:
1. Kata-kata adalah doa
2. Pain menyebabkan orang membayangkan benda yang negatif
3. Words have energy. Positive words give positive energy

Pergilah belajar dengan mana-mana mahaguru marketing sekalipun, mereka akan menyebut tentang pain & pleasure ini.

Pain ini bagus untuk kita create customer avatar. Untuk kita kenal siapa prospek kita. Cuma aku sendiri elakkan guna pain mereka ini sebagai marketing.

On the other hand, bila terdengar 10 Makcik Kiah cakap pasal Makcik Tipah, adakah kita perlu percaya dan ikut 200%?

Atau guna otak untuk berfikir adakah bila 10 orang cakap benda yang sama kita kena ikut & percaya?

Konsep aku sendiri, apabila belajar sesuatu, fikir dahulu nak ambil atau tidak. Ada benda kita boleh ambil dan apply, ada benda kita boleh dengar je.

Dalam buku itu banyak kali menyebut, afala ta’qilun: Why don’t you think?