Ramadhan Day 17: With Wisdom

Masa sambung belajar dulu buat kelas Oh My American English.

Suatu hari buat round table discussion. Sepatutnya rectangular table discussion. Sebab meja tak bulat.

Topik discussion hari itu adalah “Turning Point.”

Sampai turn aku berkongsi, aku kongsi ayat yang aku baca pagi itu.

“Ud’u ila sabili rabbika..”

Dan seorang sahabat hafizah sambung ayat itu,

“..bil hikmah..”

Dan aku sambung, “Yes, bil hikmah. Saya terpesona dengan perkataan bil hikmah.

Bil hikmah bermaksud with wisdom.

Maksud ayat tersebut adalah, “Invite to the way of your lord with wisdom.”

Masa menulis ni aku terfikir. Betul ke cara aku menegur team members berkaitan tugasan kerja. Sebab baru je pagi tadi aku menegur.

Aku renung balik bila berhadapan dengan bos baru dan lama. Bagaimana cara mereka? Sesuaikah dijadikan ikutan?

Kadangkala cara kita berbicara dengan orang, cara kita menulis, cara kita menegur, kesemua ini boleh jadi ‘medan dakwah.’

Dakwah bukan sekadar mengajak orang solat.

Bila kita lihat seseorang, kita rasa nak jadi macam dia. Kita rasa nak ubah jadi baik macam orang tu.

Ada tak orang tersebut dalam hidup kita? Kita tengok orang tu, rasa nak jadi macam dia.

On a different note, Ustaz Nasrullah penulis buku ‘Rahasia Magnet Rezeki’ berpesan untuk sentiasa mengalah. “Saya salah, awak betul.”

Mohon maaf untuk salah silap…

p/s: Boleh jadi penulisan kita juga salah satu cara untuk “Invite to the way of your lord with wisdom.”