Ramadhan Day 16: Ayat Ini Menyebabkan Kita Hanya Mahu Cakap Benda Yang Motivate Orang

Kadang-kadang kata-kata orang menghiris perasaan kita. Kita sendiri pun, mungkin pernah berkali-kali menghiris perasaan orang.

Teringat pesanan guru, “Sentap 2 minit jer.”

Ada 2 sebab mengapa orang mengeluarkan kata-kata yang menghiris perasaan:

1. Niat untuk menegur
2. Dah memang mulut dia laser macam tu

Andai katanya itu bagus untuk self-improvement kita, ambil. Walaupun pedas.

Andai tidak, abaikan. Terus ke depan.

Guru juga berpesan, guna prinsip “Me, Not Me”

Contoh orang kata, “Ko tak bagus.”

Kata pada diri;
ME, Aku Bagus
Yang “Tak bagus” tu, NOT ME.

“Life is easy, and sometimes we make it hard.”

On a different note, kadang-kadang kita perlu menegur team kita, anak, pasangan, kawan.

Apa yang kita kata pada orang, akan berbalik semula pada kita. (Refer Law of Projection). Baik yang disebut, baik yang datang.

Ayat ini mungkin buat kita rasa mahu cakap perkara baik-baik sahaja pada orang tersebut. Surah Ibrahim [14:24-26]

[14:24] See you not how Allah sets forth a parable? – A goodly word as a goodly tree, whose root is firmly fixed, and its branches (reach) to the sky (i.e. very high).
[14:25] Giving its fruit at all times, by the Leave of its Lord and Allah sets forth parables for mankind in order that they may remember.
[14:26] And the parable of an evil word is that of an evil tree uprooted from the surface of earth having no stability.

p/s: Maaf andai ada tersilap bicara selama perkenalan ini.