Ramadhan Day 14: Assumption – Pengajaran Dari Surah Al-Hujurat

Dalam kelas content, guru bercerita tentang persepsi. Setiap apa yang kita post di social media, setiap orang yang melihat mempunyai persepsi sendiri.

Guru buat eksperimen; upload gambar cincin emas. Orang komen, offer diri untuk jadi pengapit. Si isteri pula whatsapp tanya itu cincin siapa.

Sewaktu guru mengajar itu, teringat sebuah khutbah di US. Bercerita tentang ‘assumption’. Kupasan dari ayat 12 surah Al-Hujurat (49:12).

Ayat tersebut tidak direct menulis ‘la tazunnu’: Don’t make assumption.
Perkataan yang digunakan adalah ‘ijtanibu’.

Mengapa:
1. Al-ijtinab bermaksud to avoid something that is right next to you (benda dekat, bukan jauh).

Ianya membawa maksud ‘assumption’ is always next to us. Kita sentiasa ada ‘assumption’ terhadap orang lain.

2. Form of word yang digunakan iaitu ‘ijtinab’ menunjukkan manusia perlu ‘put effort’ untuk jauhkan diri dari prasangka. Ianya perlu sentiasa berterusan untuk dilakukan.

Ia tidak datang secara natural atau pasif seperti pernafasan.

3. Tiada siapa pun boleh anggap they are pure enough of not making assumption of other people.

Had it been easy, the word ‘la tazunnu’ could be simply used.

Ditambah pula dengan perkataan ‘khatiran’, bermaksud ‘a lot’. Ijtanibu kathiran from assumption = We have to avoid it a lot because it’s always there.

Kita sentiasa ada assumption terhadap orang lain. It’s always there.

Khatib menyebut assumption juga berlaku dalam rumah. Assumption juga boleh merosakkan sesebuah negara.

Dan ayat ini disambung dengan

“…and do not spy on one another or speak ill of people behind their backs: would any of you like to eat the flesh of your dead brother?…”

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=dfMO5gtHdJo

[Backdated post;May 10th,2020]