The Purpose of Writing Is To Affect The Heart

Apabila menulis, tulis dengan niat untuk memberi. Memberi dengan sepenuh hati. Beri yang terbaik.

Menulis dengan tujuan membantu orang lain. Tanpa mengharapkan pembalasan. Juga bukan untuk kumpul like dan share.

Apabila menulis dari hati, hati juga yang akan menerima.

Dalam perkongsian Hamza Yusuf – Purification of The Heart, heart itu kedudukannya di kiri. (Heart, dalam bahasa Melayu: jantung | bahasa Arab: qalb)

Apabila tawaf, bahagian badan sebelah kiri paling dekat dengan Kaabah. The heart is inclining towards the Kaabah. Or towards the centrality of the divinity in the life of a man.

Beliau juga berkongsi bahasa Arab itu ditulis dari kanan ke kiri. Writing should be towards the heart. In other words, the purpose of writing is to affect the heart.