Politik, Penulisan & Content Marketing

“Penipuan yang diulang-ulang akan dianggap sebagai kebenaran.”

Pada PRU yang lepas, sebuah penipuan diulang-ulang. Penipuan itu diulang-ulang menggunakan penulisan.

Di ‘market’ kan melalui content marketing.

Jikalau dulu, siapa yang menguasai media, merekalah yang menguasai minda pembaca. Hari ini, social media.

Apabila penipuan ditulis dalam social media, ulang, ulang dan ulang, like dan share bagi kencang, masukkan pula faktor yang membangkitkan emosi; maka penipuan itu dengan mudah diangkat sebagai kebenaran.

Dalam ‘buku itu’ banyak kali menyebut,
“Afala ta’qilun” : “Why don’t you think?”;
“Wa hum la ya’qilun” : “And they don’t think.”


Dalam khutbah terakhir Nabi juga menyebut, berpeganglah pada 2 perkara. Dan dalam 1 perkara itu telah pun mengingkatkan berkali-kali.

Peringatan yang amat perlu sebagai guideline dalam memilih pemimpin. (Dalam surah al-Imran ada, surah an-Nisa pun ada.)

Namun hari ini, ‘buku itu’ hanya dibaca. Tanpa memahami maksudnya. Apatah lagi untuk berfikir.

Apa yang berlaku, itulah yang terbaik. Samada baik atau buruk. Disebalik kemenangan mereka, ramai yang ‘terbuka mata’ untuk lihat agenda tersembunyi.

Ada lagi agenda tersembunyi yang tidak diwar-warkan. Tidak dimasukkan dalam media. Apatah lagi social media.

Perkara-perkara itu sangat merisaukan. Lebih merisaukan lagi apabila anak-anak muda harini, tangannya umpama terlekat di gadget. Adakah mereka benar-benar mempunyai masa untuk ‘berfikir’?

“…Jika semuanya buruk, pilihlah yang paling sedikit keburukannya.”
.
Ada sebab mengapa surah Kahfi disaran untuk diamalkan setiap Jumaat. Dalam kisah Nabi Musa dan Khidr ada pengajaran tertentu. Yang nampak salah itu rupanya betul.

p/s: Hati-hati dengan ‘move’ seterusnya. Berpeganglah pada 2 perkara yang diingatkan oleh Nabi dalam khutbah terakhirnya.