Yang Kata Bosan Time PKP Tu Mai Baca Sat

Bila tengok orang post kata bosan tak tahu nak buat apa, padahal dia tengok kiri kanan ada family.

Aku tengok kiri kanan nampak dinding, tengok atas nampak ceiling. Kesian. Tak sempat lari balik kampung. Appreciate your family, guys!

Sekali sekali tengok facebook nampak syok nye lah hai orang brisk walk di kampung, buat gardening kat luar rumah. Aku tengok luar jenguk-jenguk kat tingkap je.

Tadi dapat pesanan, Allah bagi dia rezeki dapat brisk walk lagi, kita ni Allah bagi rezeki kut lain. Hmm betul.

Sebenarnya social media ni menyebabkan kita lupa bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita duk tengok apa orang lain ada.

Kita tengok rumput orang lain hijau, rumput kita kuning sebab kita tak jaga.

Sekarang ni masa untuk kita hijau kan balik rumput kita.

Atur strategy baru, buat to-do-list, habiskan 1 buku, selesaikan apa-apa projek sampai perintah berkurung ni tamat.

Adakah kita ini diciptakan tanpa tujuan? (Refer 23:115)