Kenapa Anak Lebih Suka Bercerita Masalah Pada Kawan-Kawan Berbanding IbuBapa?

Nabi Yusuf bercerita tentang mimpi dengan ayah dia. Refer Surah Yusuf,12:4

Apa message tersembunyi disebalik ayat itu?

Macam mana kita nak develop relationship dengan anak kita, sampaikan dia boleh cerita mimpi dia kat ayah dia?

Harini kalau ada apa-apa kita cakap dekat mak dulu. Lepas tu pesan dekat mak, “Jangan beritahu ayah.”

Nouman Ali Khan pesan, bila anak main game, main sekali dengan dia.

Takpe ke main game? Tak salah. Asal jangan terlebih.

Bila main dengan anak, kita spend time dengan dia.

Kenapa anak-anak lebih selesa bercerita pada kawan daripada ibubapa?

Sebab ‘masa’ anak kita dengan kawan-kawan dia lebih lama dari ‘masa’ dia dengan kita.

Begitulah 1 pengajaran dari 1 ayat Quran itu. Ada lagi pengajaran yang lain hanya dengan 1 ayat itu.

Sebuah hadis menyebut, ketika Nabi mendapat wahyu atas tunggangan, “binatang tu akan terduduk.”

Sebab ayat tu “berat”.

Ada message untuk orang yang berfikir.

Boleh refer 2 penulisan ini:
1. Parenting Lesson No One Told You
2. Healing With The Medicine of The Quran – Part 2 (tentang hadis apabila Nabi mendapat wahyu)