Kaitan Jaga Otak Dan Fokus/Khusyuk

Selama ni aku duk main content DrRizal Abu Bakar, baru hari ni aku faham sesuatu yang sangat luarbiasa.

Mungkin sebab malam tadi first time aku betul-betul share content DrRizal melalui status sendiri. Sebelum ni update kat page & share pada team ococ je utk disebarkan.

Bila kita kongsi, kita akan dapat lebih. Aku perasan, bila aku share ilmu, lebih banyak ilmu baru dapat masuk inshaAllah.

Selama ni duk main bahagian otak ada Frontal Lobe, Parietal Lobe, Temporal Lobe, Occipital Lobe dengan Cerebellum. Lepas tu ada lagi pecahan dia.

Prefrontal Cortex, Limbic System, Anterior Cingulate Gyrus (ACG), Hippocampus, Hypothalamus, Pineal Gland, kalau list semua nanti panjang sangat pula status ni.

Pagi tadi baru faham kalau manusia tu nak betul-betul happy, perlu fokus pada solat betul-betul. Kalau nak betul-betul fokus, kena jaga otak. Kena make sure bahagian Prefrontal Cortex (PFC) tu tenang.

Kalau PFC tu masih aktif, macam-macam benda terlintas dalam kepala. Kunci kat mana, kena buat apa lepas ni, macam mana nak tingkatkan sales. Sigh.

Bila solat khusyuk, bahagian PFC tenang. Tak fikir benda lain. Hanya fokus pada bacaan.

Ni belum cerita part Basal Ganglia & ACG masa solat khusyuk. Boleh rujuk sini: https://www.facebook.com/drrizalabubakar/posts/574987219559274

Kesimpulannya, kalau nak fokus, kena jaga otak. Tu je nak cerita.

Nak jaga otak kena jaga makan, jaga tidur, dan jaga aktiviti harian. Aktiviti termasuk buat brisk walk, kurangkan screen time (digital minimalism), jaga cara kita berfikir etc.

p/s: Nak tahu macam mana nak jaga makan, tidur, aktiviti ni boleh follow mana-mana platform yang berkenan di hati:

+ Personal DrRizal https://www.facebook.com/drrizalabubakar
+ Page DrRizal https://www.facebook.com/ococdrrizal/
+ Telegram Neuroversiti https://t.me/neuroversiti
+ Website Neuroversiti https://neuroversiti.com/
+ ocochq https://www.facebook.com/BrainStorySdnBhd/
+ ococ.my https://ococ.my/blog/