The Secret of Doa

“Kata-kata adalah doa” – ini yang biasa kita dengar.

“Apa yang kita fikir, rasa, cakap, tulis dan buat segalanya adalah doa.” – Ini pun biasa kita dengar.

Kita selalu berdoa. Apabila kita berdoa, apa yang kita fikir?

Adakah selari dengan apa yang didoakan?

Sebagai contoh, seorang ibu doa di mulut nak anak jadi sihat. Tapi di hatinya penuh rasa takut, rasa bimbang; dan dalam fikirannya, adalah gambaran anak beliau yang sedang sakit.

Apa yang kita fikir, rasa, itu juga adalah doa.

Whatever energy that we broadcast to the field, we will always get it back.”

Rasa tak cukup, fikirkan masalah; maka energy ini yang akan pulang.

Bagaimana pula dengan fokus kita apabila berdoa?

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin bahawa ianya akan dimustajabkan. Dan ketahuilah bahawa Allah swt tidak akan memustajabkan doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa.” (HR At-Tirmizi)

Dan apabila berdoa, mulakan dengan bersyukur. (Al-Fatihah juga bermula dengan Alhamdulillah.)

Syukur dengan nikmat yang Allah beri. Contoh ada suami/isteri, anak, rumah, pakaian, anggota badan sempurna, makan minum cukup, etc.

Bersyukur untuk masukkan diri kedalam positive vibration. Diikuti dengan doa dengan visualise kita sudah dapat perkara itu.

Kerana apa yang kita fikir juga adalah doa.


Erbe Sentanu menyentuh tentang doa dalam buku beliau ‘Quantum Ikhlas‘:

Nabi s.a.w. bersabda,
“…Allah swt tidak akan memustajabkan doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa.”

Konsep doa untuk menciptakan zon ikhlas yang kemudiannya menghantar signal ke alam semesta adalah: Minta, Yakin, Terima

Kepada Allah, pemilik alam semesta ini kita meminta. Di dalam konsep meminta ini diterangkan tentang visualisasi.

Kenapa orang ketika berdoa hatinya lalai?

Kerana yang pertama, dia tidak menggunakan visualisasi. Tidak clear apa yang diinginkan kepada Allah.

Yang kedua, kerana dia ragu. Dia berdoa, tetapi tidak yakin akan dikabulkan padahal Allah sudah beri jaminan.

Yang ketiga, dia tidak merasa menerima. Anda perlu yakin, anda perlu memiliki perasaan yang anda sudah menerimanya.

Rangkaian Minta, Yakin dan Terima ini yang akan menciptakan kehadiran dan keyakinan ketika berdoa.

Mulakan doa dengan kesyukuran.

Dalam buku diberi latihan “Nafas Syukur”:

Nyatakan hormat dan terima kasih Anda pada apapun yang terjadi dalam hidup Anda dengan segenap perasaan di dalam hati. (Note: Syukuri semua yang dimiliki e.g. sempurna tubuh badan, keluarga, sahabat, rumah, barang-barang etc.)

Tarik nafas dalam-dalam, terima rasa puas itu dan sampaikan terima kasih kepada Tuhan dari dalam hati.

Ingat selalu: “Getar gelombang rasa syukur dan ikhlas adalah jalur komunikasi terkuat antara Anda dan Sang Pencipta.”


Link review buku Quantum Ikhlas:
1. https://www.chaidir.web.id/quantum-ikhlas/
2. Google book Quantum Ikhlas