Macam Mana Nak Tingkatkan Nilai Diri?

Sesuatu benda akan menjadi sangat berharga apabila kita spend masa dgn perkara tersebut.

Contoh company: Facebook. Harga saham FB sangat tinggi disebabkan ramai orang spend masa dgn Facebook.

Contoh skill: Tennis. Skill pemain tennis semakin meningkat apabila banyak masa diluangkan untuk latihan.

Contoh manusia: pasangan dan anak-anak. Hubungan semakin erat apabila banyak quality time diluangkan bersama. Bukan duduk bersama, tapi semua mengadap fon masing-masing.

Dan diri. Semakin banyak kita luangkan masa ‘me time’, semakin meningkat kekuatan diri.

Apakah ‘me time’ tersebut?

Ia bukan bermaksud ambil cuti sehari tgk movie, main game. Bukan.

Ketika menakluki Constantinople, kriteria yang dipilih untuk menjadi ketua adalah, siapa yang tidak pernah meninggalkan tahajjud.

Disitu kekuatan diri terbina.

Spend masa dengan diri, tafakkur, meditasi. Disconnect dengan social media. Disconnect dengan info yang tidak memberi manfaat.

Inilah rahsia untuk tingkatkan nilai diri dari dalam.