Teknik Minimalism Dalam Marketing Bagi Ramai Orang Nampak

Masa tu tengah tunggu dalam kereta. Dari jauh nampak sebuah banner:

Zoom untuk ambil gambar ni.

Dari jauh tak berapa jelas tulisannya.

Warna tulisan dan warna background sudah di ‘blend’.

Umpama pakai baju merah, gambar heart warna merah, tulisan “I love you” pun warna merah. Betul ke cinta ni, tak nampak pun?

Minimalism dalam design membantu untuk create visual yang simple. Apabila design simple, maka ‘message’ yang ingin disampaikan akan lebih jelas.

Lihat contoh minimalism dalam design ini:

Tulisan “Santan Segar” tu, bak kata orang sekarang, kalau banner ni kat JB, dari KL dah boleh nampak.

On a different note, elak ‘overact’ dalam marketing.

Dalam sebuah lecture Hamza Yusuf bertajuk Fair Trade Commerce For A Better World, beliau bercerita:

Imam al-Awzai once was in Beirut, and he passed by an onion seller and the onion seller was saying, “Onions sweeter than honey.”

And Imam al-Awzai said to him, “Do you think it’s permissible to lie about something like that?”

That’s called advertising. Don’t think advertising is some new thing. Arabs were marketing a long time ago, they used to market with poetry. Now we have jingles plop plop, fizz fizz, oh what a relief it is.

The Arabs had jingles as well, right. I wish I could get that part of my brain back, that that got lodged into. But they’re very good, these jingle makers. Jingle bells. They used to advertise, but truthfulness is important. 


Tak perlu kata banner kat JB, dari KL dah nampak.

Tak perlu kata produk tinggal lagi 10 unit, padahal ada lagi 100.

Dalam marketing, dalam advertising, keberkatan masih dicari.