Pengajaran Dari Ceramah Maulidur Rasul

Pagi tadi ada ceramah Maulidur Rasul di masjid. Selepas solat Subuh.

Ustaz bercerita, bagaimana Islam awalnya berkembang. Orang-orang biasa di dakwah untuk memeluk Islam.

Kemudiannya mereka ini menjadi orang luar biasa.

Bilal bin Rabah pada awalnya merupakan seorang hamba. Perlu bekerja siang dan malam.

Bayangkan ketika orang lain tidur, beliau perlu bekerja. Suatu hari Nabi meminta Bilal untuk tidur pada waktu malam. Dan Nabi bantu kerja beliau.

Nikmat tidur dapat dirasai oleh Bilal.

Selepas beberapa malam Nabi bantu supaya Bilal dapat tidur, Bilal bertanya apa yang Nabi mahu?

Akhirnya Bilal masuk Islam.

Lesson learned: Ustaz berpesan, nak ajak orang masuk Islam bukan kerja sehari. Perlu cara yang lembut berkali-kali. Tiada paksaan.

Selepas Bilal masuk Islam, beliau diseksa. Namun Bilal tetap tidak mahu tinggalkan Islam. Pada akhirnya Bilal dibeli oleh Abu Bakar untuk dibebaskan.

Islam Pada Zaman Dahulu

Islam pada zaman dahulu sangat hebat. Digeruni.

Apabila berperang, malamnya mereka beribadah. Tahajjud.

Sedangkan orang kafir, malamnya minum arak, berzina; dan akibatnya mereka tidak kuat di siang hari.

Lesson learned: Hidupkan malam kita dengan ibadah, sebagai pembina kekuatan. Siang kita bekerja; jadi yang terbaik dalam apa-apa yang kita lakukan.

Cerita Singa & Kambing

Ustaz akhiri ceramah dengan cerita lion dan kambing. Sebuah cerita famous yang ada banyak version.

Suatu hari anak lion terpisah dengan ibunya.

Anak lion ini tidak tahu kemana nak pergi. Lalu terlihat sekumpulan kambing.

Maka anak lion ini join group kambing ini.

Untuk seketika, mereka hidup bersama, bergurau senda. Si kambing suka tanduk lion ni ketika bergurau. Lion pula tak ada tanduk.

Sudah asyik bersama, akhirnya lion juga mengembek seperti kambing. Tiada auman kasar seekor lion.

Suatu hari ibu lion terlihat anak lion ini. Lalu bertanya, “Kau siapa?”

Anak lion menjawab, “Aku kambing.”

Pertanyaan diulang-ulang lagi, dan anak lion tetap menjawab dia adalah kambing.

Ibu lion bawa anak lion ke sungai. Lihat reflection wajah sendiri di permukaan air sungai.

“Lihat, kau lion! Kambing adalah makanan kau!”

Anak lion terkejut. Dia tersedar yang dia lion rupanya, bukan kambing.

Lion kembali ke sekumpulan kambing tadi dan mengaum. Maka kambing-kambing ini lari bertempiaran.

Dalam hati aku dengar, “Hmm power jugak Ustaz ni buat storytelling sebagai penutup. Ustaz-ustaz lain kena belajar ni supaya ceramah lebih umph!”

Lesson learned: Siapa kita? Umpama lion yang sedar diri as lion, atau lion yang ingat dirinya adalah kambing?

Islam pada zaman dahulu hebat.

Tugas kita untuk jadikan ianya hebat kembali.