Content Marketing Musim Covid-19

“Nak hand sanitizer & face mask PM sekarang!”

Ini adalah contoh produk yang tak perlu tulis panjang-panjang. Makcik Kiah pun boleh borong dan jual.

Pegang barang, snap dan terus post – ini dinamakan native advertising. Gambar native lebih mudah untuk bina trust.

Produk-produk lain yang mahal, tapi penting, kena pusing sikit pakai content. Kena tulis, kenapa orang perlu beli produk tu pada musim ni.

Untuk orang business, banyak hikmah boleh nampak pada saat ni. Salah satu contoh sekarang dah nampak, produk apa yang sangat-sangat essential.

Dalam buku Jutawan Senyap penulisan Rusly Abdullah, ada 4 jenis perniagaan seperti sungai yang mengalir:

1. Makanan
2. Health Product/Supplement
3. Berkaitan ilmu (termasuk kelas online marketing, sales, kewangan, investment)
4. Pakaian (buat masa ni, perniagaan pakaian mungkin kurang relevan. Back to minimalism)

Andai produk mahal, namun berkualiti, penting tak boleh bawa bincang, kena explain: kenapa orang kena beli?

Bungkus dengan penulisan, a.k.a content marketing.

p/s: Screenshot di bawah adalah contoh content marketing. Andai orang tak beli produk, at least sudah sebarkan beberapa ilmu bermanfaat.

Tak ada masalah bila orang tak like dan share status kita. Yang penting, niat untuk berkongsi dari hati.