How To Learn Faster

Sekarang sedang belajar skill technical baru.

Sometimes I found it quite difficult. Semua benda baru pun not easy kan?

So I decided to watch YouTube videos on how to learn faster.

Well, sebenarnya dah banyak kali ternampak video learn faster dekat YouTube ni. Tapi tak click sebab rasa tak perlu.

Well the fact that video-video tu muncul di my YouTube suggested video, I believe because frequency dah hampir reach.

Maksudnya, katakan video-video tu frequency dia 103.3. Frequency saya pula di 103.1.

So today I tuned in my frequency to 103.3, baharulah click watch video tu.

Anyway, how to learn faster?

1. Faham semua benda basic sebelum berpindah ke intermediate level

Pernah tengok orang buat bangunan? Biasanya base atau foundation bangunan itu akan ambil masa yang lama.

Selepas siap base, lepas tu sekejap je kita nampak bangunan tu naik.

Sama macam belajar benda baru. Walaupun lama takpe. Fahamkan asas.

Contoh, sebelum belajar membaca kita belajar kenal huruf dulu, ABC.

Lama tak masa kita mula-mula belajar ABC dulu? Lepas tu baca apa-apa pun mudah kan.

Sampailah hari ni.

Bila dah faham asas nanti, benda lain akan jadi mudah inshaAllah.

Mastery requires patience.

2. Learn, to teach

Maksudnya, anggap kita perlu ajar apa yang kita belajar tu pada orang lain.

Untuk pastikan kita betul-betul faham the basic level, cuba untuk explain semula sampaikan budak 5 tahun pun boleh faham.

Albert Einstein pernah berkata, If you can’t explain it simplyyou don’t understand it well enough.”


Ada lagi tips lain, cuma tak share sebab tak apply.

Lebih baik kongsi apa yang kita buat saja.

Misalnya tips lain seperti Promodoro Technique: Pilih satu topik, then fokus untuk 25 minit. Rehat 5 minit. Sambung lagi 25 minit. Ulang 4x.

25 | 5 | 25 | 5 | 25 | 5 | 25 | 5 – > kemudian rehat panjang 15-30 minit. Then ulang semula cycle tadi.

Tips ini saya belum cuba.

Andai rasa bermanfaat, boleh cuba.

p/s:
Nota 1: Ilmu itu cahaya. Hanya hati yang bercahaya mudah untuk menerima cahaya.

Nota 2: Kalau Allah nak bagi, sekelip mata je Allah boleh bagi. Kun fayakun. Kadang-kadang kita belajar sesuatu, tapi susah nak faham. Doa supaya diberikan kefahaman.

Nota 3: Ambil wisdom dari sedekah. Nak bertambah harta perlu bersedekah. Begitu juga ilmu. Nak bertambah ilmu, perlu kongsi ilmu yang ada.

Wise man pernah berkongsi:

“Bekas kita dah penuh. Kita kena keluarkan air yang ada dalam bekas tu, baru air baru boleh masuk.”

Beliau teruskan perkongsian,

“Ilmu yang kita ada perlu dikongsikan pada orang lain. Baru ilmu baru boleh masuk.”