Jadikan Kekurangan Sebagai Kelebihan

Kawan mengadu. Hantar whatsapp. Panjang message nya. Minta pandangan.

Dia bertanya tentang satu ‘weakness’ yang dia ada.

Saya menjawab, “If you think that’s a weakness, then it is.”

Jadikan kekurangan sebagai kelebihan. Saya kongsi cerita.

American atau Britain Got Talent. Seorang peserta ada ‘special disability’. Wajahnya bergerak sendiri setiap beberapa saat.

Dia kongsi jokes. Housemate dia tanya, “Rumah orang sebelah kena rompak, did you know anything about it?”

Dia jawab, “No.”

Then dia diam.

Lepas tu muka dia gerak.

Semua penonton gelak.

Itulah kerja dia. Stand-up comedian.

Saya kongsikan juga gambar Nick Vujivic yang saya simpan dalam Telegram personal saya:

Nick boleh marah setiap masa tanya, kenapa dia takde tangan, takde kaki. Tapi dia pilih untuk bangun dan beri inspirasi pada orang ramai.

Fa inna ma’al ‘usri yusro
Inna ma’al ‘usri yusro


So truly where there is hardship there is also ease;
truly where there is hardship there is also ease.

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan;
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.