Kalau Dapat Idea Dalam Tandas & Dalam Solat, Jangan Ambil

“Kalau dapat idea dalam tandas, jangan guna. Dalam solat pun sama.”

Harini share dengan team #ococ tentang Content Marketing Strategy. Lepas ni nak fokus hard-sell pula. Duk soft-sell jer sebelum ni.

Masa tu tengah share, macam mana nak cari headlines dalam content marketing. Macam mana nak tarik attention orang baca content kita.

“Sebab apa tak boleh pakai idea yang dapat dalam tandas?” Aku tanya pada team.

“Sebab syaitan”.

Ya,” aku jawab.

Aku tambah, “Mak saya cerita, ada seorang artis ni selalu dapat idea lirik lagu dalam bilik air.” (nama sebenar artis dirahsiakan)

“Lirik lagu biasanya macam mana?”

Aku nyanyi, “Siapalah aku ini…” (lagu Exist)

Aku tambah lagu Baby Pian, “Aku sedar.. betapa.. ku dimatamu.”

Aku kongsi lagi, “Pengulangan yang diulang berkali-kali akan jadi kebenaran!”

“Tahu cerita 2.6 Billion?” aku tanya team.

Team anak muda, tidak tahu cerita 2.6 Billion. Aku explain secara ringkas…

“Kalau kita asyik ulang ‘aku tak bagus’, lama-lama tak bagus lah.”

“Sebab tu setiap kali saya nyanyi lagu Baby Pian, saya akan tukar lirik dia. Perasan tak masa saya nyanyi dalam kereta haritu pergi airport?”

“Saya nyanyi, “Aku sedar betapa mulianya, ku dimatamu.””

(Well, walaupun tak mulia pun, at least tak perlu nyanyi ‘betapa hinanya’. Kata-kata itu jadi doa)

“Sebab tu juga pakar motivasi selalu pesan, ulang ni hari-hari…”

I’m awesome! I’m charismatic ! I’m happy! Ini contoh. Apa-apa saja yang Tuan Puan mahu boleh ulang pada diri. (Yes you, my silent readers  )

Lama-lama dia akan masuk subcconscious mind kita dan jadi kebenaran.

Aku sambung, “Hashtag # done dakwah. Lol.”