Cari vs Jemput Rezeki by Fahdi Ghazali

Ini perkongsian dari Fahdi Ghazali:

Ada orang usaha sikit tapi Allah gandakan hasil sangat banyak. Itu dinamakan rezeki. Sebab tu berniaga atau bekerja, buat semua kerana Allah. In sha Allah semua Allah akan urus.

Paling penting, jaga 3 perkara ni, in sha Allah segalanya dipermudahkan.

  1. Buat apa yang Allah suka, Allah bagi apa yang kita suka.
  2. Susah-susahkan diri, tinggalkan apa yang Allah benci, nescaya mudah-mudahan saja Allah kabulkan hajat dihati.
  3. Rezeki tak lambat, rezeki tak cepat, rezeki tak salah alamat.

Amalkan 3 perkara ni, in sha Allah semua urusan anda dipermudahkan. Saya tak janji anda buat terus dapat, tapi buat secara konsisten dan yakin Allah akan bagi.