Bagaimana Saya Mula Amalkan Exercise Setiap Hari

Faham Kelebihan

It begins with understanding its benefits.

Sebelum ni ingatkan exercise ni untuk sihat, untuk maintain body, ya semua ni betul.

Cuma the ultimate reason kenapa saya exercise adalah sebab nak jaga mood. Nak happy selalu. Bila kita happy, kita vibrate pada level yang sangat tinggi.

Setiap orang ada cara yang berbeza untuk happy. For me, this is one of it. And recently, I make sure I have to do it everyday. No compromise on this. Even when I’m fasting.

DrRizal Abu Bakar, pakar bidang otak pernah menulis, “Berjalan selamat 15 minit sahaja sudah menurunkan hormon stres iaitu, hormon kortisol sebanyak 12.4%.”

“Apabila berjalan, keluar hormon dopamin, serotonin, norepinephrine dan endorfin. Hormon yang beri rasa bahagia, motivasi, bertindak sebagai pain killer dan bantu belajar serta fokus.”

Senang cerita, bila feeling rasa tak best, I ask myself, “Aku dah exercise ke?”

Exercise semudah berjalan kaki. Lebih bagus ‘briskwalk’ iaitu jalan laju-laju.

Kalau tak dapat keluar (contoh masa PKP haritu), I did HIIT by referring training video on YouTube.

Atau naik turun tangga kat rumah. Atau berjalan kat porch je (walaupun porch kecil).

Cabaran?

Semua orang akan ada cabaran. Ada yang tak ada masa. Kena keluar rumah sebelum pukul 7 pagi untuk pergi kerja. Balik dah malam.

Solution: Boleh berjalan pusing bangunan office.

Elak exercise malam. Not good DrRizal said. For a reason I don’t remember.

Kelebihan Lain

Berjalan juga dapat tingkatkat kreativiti.┬áKajian dari Stanford University pada tahun 2014 dapati berjalan naikkan output kreativiti sebanyak 60%.”

Steve Jobs juga buat meeting sambil berjalan. Orang-orang dalam creative industry seperti penulis, music composer, juga amalkan berjalan. Lebih mudah untuk ‘creative juice’ mengalir. Rujukan: https://financialpost.com/executive/c-suite/steve-jobs-was-right-about-walking

I work in content production. For that reason as well, I have to exercise. But the first reason lebih kukuh sebenarnya, untuk jaga mood, boost happiness, dan yang sewaktu dengannya.

Conclusion

Answering the question, “Bagaimana Saya Mula Amalkan Exercise Setiap Hari?”

Understanding the benefits force me to exercise. Kalau kita tahu benda tu penting, kita akan buat. By hook or by crook.

Tak ada tips lain seperti, “Letakkan kasut di depan pintu, sediakan baju sukan,…”. Tips ini yang biasa kita jumpa bila google. Atau tips ini berkesan untuk orang lain.

But for me, (I repeat):

Understanding the benefits forces me to exercise. Kalau kita tahu benda tu penting, kita akan buat. By hook or by crook.

Rujukan:
Untuk kelebihan lain exercise, refer artikel ini:
[1] 7 Kelebihan Bersenam Semudah Berjalan Kaki
[2] Bagaimana Berjalan Beri Kita Rasa Syok, Seronok & Best?