Rahsia Energy Dalam Marketing

Apabila ada petir, kita nampak cahaya dahulu. Kemudian baru datang bunyi petir.

Yang mana satu kita takut? Cahaya atau bunyi?

Yang mana satu boleh buat kita terjaga tengah malam secara tiba-tiba?

Bunyi.

Pernah aku terjaga tengah malam 2 3 pagi disebabkan bunyi kilat yang sangat kuat. Sampai kipas semua tertutup dengan sendiri. Masa tu Ramadhan tahun 2019.

Berdebar-debar. Tidur sorang pulak tu. Bilik gelap gelemat. Tingkap ada 2 layer langsir plus kain batik.

Saje bagi gelap. Sleep scientist pesan untuk dapat tidur berkualiti bilik kena gelap.

Ok, apabila kita update iklan di Facebook, yang kelihatan adalah marketing tools seperti copywriting, poster atau video. Ini umpama cahaya petir tadi.

Takut tak dengan cahaya?

Hmm, yang membuatkan aku terjaga tengah malam tu hingga berdebar-debar dup dap dup dap itu adalah bunyi petir.

Disebalik marketing tools tersebut ada ‘energy’ yang tersembunyi. Energy ini umpama bunyi petir yang kadangkala membuat hati berdebar.

‘Energy’ (e) ini adalah gabungan ‘frequency’ x ‘vibration’.

Saya simpulkan dalam persamaan e=mc2.

Andai produk dan servis dalam kategori premium, maka manusia membuat keputusan menggunakan hati (bukan otak)

Apa maksudnya?

Contoh minuman brain booster 30 sachet RM180. Harga premium.

Otak akan berfikir: kenapa nak beli minuman 1 sachet harga sampai RM6? Maka disini hati memainkan peranan.

Ok, balik pada rumus energy(e) iaitu gabungan (m) & (c):
1. Frequency
2. Vibration

1. Frequency

Apabila kita mahu dengar radio Era di KL, kita perlu buka frequency radio pada 103.3.

Channel radio ini sentiasa wujud. Cuma kita yang kena tukar frequency radio kepada 103.3 untuk dapat channel Era ini.

Apabila frequency radio kita match dengan frequency yang dipancarkan pada alam, maka barulah kita dapat radio Era.

Apa persamaannya dengan marketing?

Customer mencari produk. Produk sudah wujud dipasaran. (Umpama radio Era yang sudah wujud, kita sahaja yang perlu tune pada frequency 103.3.)

Contoh customer mencari produk yang membantu untuk tidur nyenyak.

Penjual produk yang membantu tidur nyenyak ini ada 10 orang. Namun penjual mana yang akan ‘click’?

Penjual yang tune pada frequency ‘ingin bantu untuk tidur nyenyak’. Bukan penjual yang tune pada frequency ‘aku perlu jual produk ini untuk dapat duit bayar rumah’.

Kerana frequency customer sudah tune kepada ‘perlu cari orang yang ada produk ingin bantu tidur nyenyak’.

Ketika menjual, fokus untuk bantu customer. Fokus ini akan membawa kita pada level frequency yang ‘betul’, contoh frequency 103.3.

2. Vibration

Whatever energy that we broadcast to the field, we will always get it back.

Ketika membuat iklan, apa ‘feeling’ yang kita bawa bersama?

‘Feeling’ yang terbaik adalah perasaan sangat happy, rasa bersyukur, semangat ingin membantu orang ramai dengan produk/servis yang kita ada.

Buat iklan dengan ‘feeling’ ingin memberi, memberi dan memberi. Pastikan diri berada dalam keadaan tenang.

‘Feeling’ tenang, happy, semangat ingin membantu ini adalah vibration (part of the energy equation) yang kita broadcast pada alam.

Orang suka apabila kita ingin ‘memberi’ sesuatu. Bukan ‘ambil’ sesuatu dari dia.

Contoh, apabila kita buat posting jual produk. Andai dalam fikiran kita adalah ‘aku perlukan duit untuk bayar kereta’, atau ‘aku perlu jual produk ni untuk boost sales company’, maka ‘feeling’ yang dibawa adalah ‘desperation’.

Feeling desperation yang di broadcast ke alam semesta ini akan dipantul pada diri dan customer.

Maka yang terlihat posting iklan di Facebook mungkin akan scroll cepat-cepat ke bawah tanpa disedari. Atau mungkin tidak keluar langsung dalam newsfeed melalui algorithm Facebook.

Contoh fizikal, apabila ada salesman di mall ingin pas flyers, kita ambil lencongan. Seolah-olah ada magnet yang menolak jauh kita dari salesman itu.

Kenapa? Kerana salesman itu berniat untuk close sales. Mereka mahu sesuatu, which in this case is your money.

Kita nak ke apabila orang nak ambil duit kita? Tentu taknak.

Tapi, kita nak tak apabila orang nak memberi sesuatu? Mahu berkongsi benda bermanfaat. Kita rela hati mahu klik ‘read more’.

Faham ke?

Waktu buat posting iklan, energy kena penuh excited nak berkongsi kebaikan, manfaat, dan nilai pada orang. Jangan rasa nak ambil sesuatu pada orang. Tapi kena ada rasa nak memberi, memberi, memberi.

Bila kita emosi nak memberi, orang terus dapat rasa, dan orang pula rasa nak memberi pada kita.

Kalau tengah kalut gaduh dengan bini, anak nangis, gaduh dengan orang, kita bawa vibration tak best dalam iklan kita. Bertenang dahulu.

Niatkan nak bagi manfaat pada orang. It’s always about giving. The more you give, the more you get.