Guru Bercerita Tentang Doa

Guru bercerita tentang doa:

Seorang anak yang sakit lelah minta aiskrim dari ayahnya.

Lalu ayah berkata, “Tak boleh.”

Sedangkan abang-abang dia semua dapat makan aiskrim.

Diminta pula air batu.

Lalu ayah berkata, “Tak boleh.”

Sedangkan abang-abang dia semua minum air sejuk berais.

Bila hujan turun, si anak ini pula mahu mandi hujan.

Lalu ayah berkata, “Tak boleh.”

Sedangkan abang-abang dia semua dapat main hujan…

Kesimpulannya, tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. Sebab tak semua benda yang kita nak tu baik untuk kita.

p/s: Guru adalah Almarhum Tuan Guru Haron Din.