Doa Untuk Confident

“Saya nak tulis kat FB, tapi takut nak post. Ok ke content ni? Nanti apa pulak orang kata.”

Kena ingat kisah ayah, anak dan keldai. Bila anak yang naik, orang berkata-kata. Bila ayah yang naik, kena kata juga. Dua-dua naik, dua-dua tak naik, pun kena kata.

Yang penting, niat nak sebarkan ilmu. Ilmu yang bermanfaat. Untuk pahala berpanjangan.

Ikut ilmu otak perkongsian DrRizal, takut dinilai orang bermaksud kena baiki otak bahagian Basal Ganglia. Cara baiki; jaga makan, jaga tidur, jaga aktiviti. Ini ilmu aqli.

Ilmu aqli ni lagi cantik apabila digabungkan dengan ilmu naqli.

Andai takut untuk lakukan sesuatu, dalami kisah Nabi Musa yang diperintahkan untuk bertemu Firaun. Doa apa yang Nabi Musa baca?

Jawapan ada dalam surah Taha. Ayat 25-28.

Doa ini dibaca oleh Nabi Musa selepas diperintahkan untuk bertemu Firaun.

Boleh lihat khutbah Nouman Ali Khan di YouTube bertajuk Praying For Success.