Doa: 4 Checklist

بسم الله الرحمن الرحيم

[40:60]Your Lord says, ‘Call on Me and I will answer you;… 

This subject is not easy, but I’ll try my best to comprehend the message. This is something that I’ve learned (and still learning) from several respected people. May Allah bless them for sharing these beneficial knowledge.

Ada 4 perkara yang perlu dititikberatkan apabila berdoa iaitu : [1] Fikiran [2] Visualise + Feeling [3] Flow [4] Kuasa Allah.

[1] Fikiran

Apabila berdoa, kita perlu ‘jelas’, ‘clear’ apa yang kita nak. Contoh, seorang sahabat saya berdoa dia nak A. Tapi tersasul minta B.

Yang dia dapat adalah, A. Sebab dia betul-betul jelas yang dia nak A.

Part ni, kadang-kadang ada orang ragu. Dia nak C, tapi tak yakin dia boleh ke dapat C. Rasa macam tak cukup power untuk dapat C.

“Boleh ke tak erk?” “Ermm boleh ke aku ni dapat benda besar macam tu?”

Bila ragu dengan doa sendiri, rasa-rasa macam mana?

Apabila berdoa, jangan melihat keupayaan kita sebagai penerima. Tapi lihatlah keupayaan Allah Yang Maha Kaya, Yang Maha Pemberi, Pemilik segala yang ada di langit dan bumi.

Yakin tak dengan kuasa Allah?

[3:26] Say (O Muhammad SAW): “O Allah! Possessor of the kingdom, You give the kingdom to whom You will, and You take the kingdom from whom You will, and You endue with honour whom You will, and You humiliate whom You will. In Your Hand is the good. Verily, You are Able to do all things.
[3:27] You merge night into day and day into night; You bring the living out of the dead and the dead out of the living; You provide limitlessly for whoever You will.’

[2] Visualise + Feeling

Feeling adalah perasaan. Biasa pakar-pakar legend pesan, buat visualisation: Apa kita nak, bayangkan kita dah dapat.

Rahsia visualisation adalah ‘feeling’ disebaliknya. Bukan visualise semata-mata. Maksudnya ialah, apa perasaan kita apabila kita dapat benda yang kita nak tu? That’s the secret.

‘Feelings are prayers’ pernah jadi isu kontroversi suatu ketika dahulu. Yang menjadi isu adalah apabila orang fikir, “Takyah buat kerja apa-apa, feeling je dah dapat.” Bukan macam tu sayang sekalian.

Ok contoh mudah, pernah tak dengar orang kata, “Hmm rasa-rasa tak dapat je ni.” Apa jadi?

Dia dah letakkan ‘feeling’ tak dapat kat situ.

Sebagai contoh, seorang ibu doa di mulut nak anak jadi sihat. Tapi di hatinya (feeling) penuh rasa takut, rasa bimbang; dan dalam fikirannya (visualise), adalah gambaran anak beliau yang sedang sakit.

Kena tukar.

Create gambaran (visualise) yang anak sihat. Tambah feeling happy sangat sebab anak dah sihat.

Extra Tip: Sebab tu dipesan, kalau anak sakit, tak perlu masuk FB atau forward di whatsapp minta orang lain doakan. Sebab, disitu kita letak ‘feeling’ pada orang lain yang anak tu tengah sakit. Yang dimakbulkan adalah ‘feeling’ itu.

Itulah “feelings are prayers”.

Further reading: Macam mana ayah orang ini sembuh sakit jantung dengan kaedah doa ini

[3] Flow

Flow disini bukan merujuk kepada topik flow oleh Steven Kotler.

Flow yang dimaksudkan disini ialah ‘tiada blockage’.

Kadang-kadang, satu perkara yang menghalang doa kita dari termakbul adalah: dosa.

Ada 8 jenis dosa dari level -1 hingga -8 yang pernah saya kongsikan di artikel ini: 1 Rahsia Amat Penting Yang Speaker Tak Sebut Dalam Ceramah

Di Darussyifa, seorang perawat menasihati untuk Istighfar dulu sebelum merawat pesakit. Sebab apa? Sebab kita semua ada dosa.

Di Darussyifa, perawat doakan pesakit. Sebelum doa, istighfar dulu. Supaya ‘tiada blockage’ a.k.a flow.

Selalu dengar kan, istighfar untuk rezeki? Selepas istighfar turun hujan..

[Surah Nuh: 10-12] “Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”

Cara istighfar pula macam mana?

Kita istighfar dah, Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah… Tapi betul ke cara kita istighfar?

Dalam satu cerita zaman dahulu disebut ada orang istighfar sambil tawaf, tapi ditegur: “Your istighfar need an istighfar.” (“Kamu perlu beristighfar ke atas istighfar kamu”)

Dimana fokus kita ketika beristighfar?

Ustaz Nasrullah dalam lecture nya menyebut cara istighfar, dalam hati kita sebut, “Ya Allah, aku salah, ampunkanlah aku. Tunjukkanlah apa yang aku salah.”

Ustaz Adi Hidayat pula berpesan, apabila istighfar, ingat kesalahan kita, dan minta ampun atas kesalahan itu.

And, this is another important message from a Hadith:

“…Kemudian Nabi saw menceritakan tentang seorang lelaki yang telah menempuh perjalanan jauh (musafir), sehingga rambutnya kusut, masai dan berdebu. Orang itu mengangkat tangannya ke langit seraya berdoa: “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku.” Padahal, makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dari yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?” [HR Muslim]

Take note on this important hadith. May Allah protect us from rezeki dari sumber yang tidak halal.

” Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan karunia-Mu dari bergantung pada selain-Mu.”

p/s: Tips rezeki: Ustaz Adi Hidayat pesan untuk baca doa ni menjelang Maghrib.

[4] Kuasa Allah

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan kadang-kadang, apa yang kita minta tu bukan terbaik untuk kita.

[2:216] … and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know.

Apa yang Allah atur, sentiasa yang terbaik untuk hambaNya. Kadang-kadang kita tak nampak hikmah dia sekarang. Mungkin selepas bertahun, atau dekat akhirat baru kita tahu kenapa so and so happens.

He knows and He is wise. ‘Aleem, Hakeem.

Allah juga tahu timing yang terbaik untuk kita dapat apa yang kita doa.

As Fahdi Ghazali always says it, “Rezeki tak lambat, rezeki tak cepat, rezeki tak salah alamat.” Tapi kau yang pindah? Ok yang pindah tu joke.

Mana-mana pun kita pindah, if it’s meant for you, it’s going to come to you.

Further reading:
[1] Kelebihan Istighfar
[2] Previous posting ‘The Secret of Doa’