Confession of a Healthy Food Preacher

Tak pasti samada semalam atau pagi tadi, rasa teringin nak makan kek.

Tengahari tadi tiba-tiba orang bagi kek batik 1 bekas. Ya rabbi.

Sekejap je dah habis. Tak sempat nak ambil gambar update instastory bagai.

Aku memang tak boleh tahan kalau nampak kek. Favorite.

[Update 2 May 2020: Selang beberapa hari kemudian, jiran pula bagi kek coklat.]

Pagi tu pula makan sebungkus nasi lemak. Tak ingat bila last makan nasi lemak. Mungkin tahun lepas.

Ramadan tahun lepas makan nasi 3x je. Aku start jaga makan lepas involve dgn kerja content marketing, share tentang pemakanan sihat.

Kena walk the talk lah…

& the confession is, aku belum perfect 200%. Still ada cheat day.

Rasa PKP ni byk kali juga cheat day.

Asyik nak makan je. Makan coklat makan biskut/cookies. makan nasi lemak cam pagi tadi. Sigh

Time nak beli biskut tu, check ingredients. Aku pernah pos, check 3 ingredients pertama takde perkataan sugar.

Hampir semua biskut yg aku check ada sugar utk 3 ingredients pertama.

It’s not that easy. Orang pernah kata, takpe bukan orang tahu pun.

Cuma takut pada ayat, “li maa taqulu na ma la taf’alun” = “..why do you say something you don’t do?

Huwaaa…

Semoga dosa diampunkan.

Tak tahu bila akan 200% sempurna dalam bab ni. Mudah-mudahan dikuatkan iman utk betul-betul practice what I preach.

Update 2 May 2020: Bulan puasa ni hari-hari cheat day sebab ada orang lain masak. Belum ada kekuatan untuk preach.