“You cannot change the circumstances but you can change yourself.”

“You cannot change the circumstances but you can change
yourself. That is something you have charge of.”


Ternampak kata-kata ni bila buka Google Chrome pagi ni. (Dari apps Momentum.)

Dan sebelum keluar rumah pagi tu, sempat belek The Greatest Book. Terjumpa 1 ayat yang lebih kurang sama. Ayat yang biasa kita dengar.

Kita nak sesuatu berubah. Mungkin mahu kurus. Mahu exercise. Mahu bangun lebih awal.

Mungkin mahu client bertambah. Mahu sales meningkat. Mahu tahap kewangan meningkat.

Mungkin mahu hubungan keluarga yang lebih baik. Mahu anak berubah. (Insert here: __________ You nak apa yang berubah?)

Tapi kita tetap mengulangi rutin yang sama.

If we keep doing the same thing, we’ll keep getting the same result.


Dan pagi tu, ayat yang aku nampak adalah:

“God does not change the condition of a people unless they change what is in themselves.”