“Orang yang mencari, pasti akan berjumpa.”

“Orang yang mencari pasti akan berjumpa.”

Sebelum ni pernah berkongsi tentang bekas penuh. Boleh refer sini: http://mins.my/write/a-wise-man/

Bila air dituang keluar, baru air baru boleh masuk.

Beberapa hari selepas itu banyak ilmu baru masuk. Antaranya, berpeluang tanya wise man tentang sesuatu. Wise man memberi jawapan ‘what’ & ‘why’.

Aku pula gigih mencari jawapan ‘how’. (Teringat kata Almarhum Ustaz Haron Din dalam kelas-kelas terakhir tahun 2014, “Orang yang mencari pasti akan berjumpa.”)

Dan jawapan kepada ‘how’ yang aku jumpa, semuanya luar biasa. Walaupun sebelum ni dah baca banyak buku, dan tengok video lecture.

Mungkin ini penangan kembali berkongsi menulis. Penangan keluarkan air dari bekas. Air lama yang bertakung, pusing-pusing pada bekas sama.

Kini air lama sudah mengalir keluar. Beri peluang air baru untuk masuk.

Kata kuncinya, “Start”

Mulakan dengan apa yang ada. Mula memberi.

“Apa yang dapat saya beri pada orang lain harini?”
“Apa penulisan bermanfaat saya dapat kongsi di FB harini?”