2 Pesanan Orang Kaya Dari Cambodia

3-5 January 2020. Berkesempatan melawat negara orang, Kemboja.

Hari Ahad pagi bertandang ke rumah seseorang. I don’t know what her position is, but she seems to be a well-known Muslim in that country, who always help people in Cambodia.

Team bertanya apa rahsia kekayaan dia?

Aku yang duduk tidak berjauhan cuba untuk dengar, sambil tulis nota di dalam handphone.

Beliau bercerita tentang doa beliau di Mekah:
1. Berdoa agar amalan diterima
2. Buat baik dengan semua

Dan dia kata dia pelik nampak orang lain menangis berdoa di situ. “Diorang ni doa apa?” Lebih kurang begitu dialog beliau.

I believe ‘Feelings Are Prayers” is the answer.

Apa perasaan yang kita letak waktu berdoa?

Dalam posting sebelum ini, “The Secret of Doa” sudah beri contoh: Seorang ibu berdoa anaknya diberi kesembuhan. Tapi dalam hatinya, perasaan dia adalah gambaran yang anak dia sakit – itulah yang dimakbulkan.

Afnan berpesan, kalau ada anak sakit, tak perlu masuk dalam Facebook minta orang lain doa. Kerana kita meletakkan ‘feeling’ ke dalam hati orang lain bahawa anak kita sedang sakit.

And feelings are prayers…