Content Marketing: Tahu vs Buat

“God gives the nuts, but he does not crack them.”

Ilmu content marketing adalah ilmu buat. ‘Market’ kan apa yang kita suka. Sebarkan kebaikan yang kita percaya.

Mungkin kita sentiasa mencari tips-tips hebat dari orang yang berjaya. Namun kita belum cuba 1 tips yang diberi.

Teringat kata-kata Nouman Ali Khan dalam satu lecture. Antara 2 ni mana yang lebih baik:

1. Seorang budak yang hanya tahu 1 surah pendek, faham maksudnya dan beramal dengannya.

2. Seorang yang tahu semua surah didalam The Greatest Book, tetapi tidak beramal dengan nasihat di dalamnya.

Antara tahu sedikit tapi buat, vs tahu banyak tapi tak buat.