Kenapa Tak Dapat Berubah?

Bila kawan bagitahu dia segan sebab dia masih dia yang dulu. Tak ada perubahan.

Bertahun-tahun dulu beliau pernah depressed. Masalah sana sini. Sekarang masih tak dapat berubah.

Sempat kongsi tentang program #abay dengan beliau. Amazing Brain Amazing You:

Manusia sukar untuk berubah kerana setiap kali kita bangun pagi, minda kita akan memainkan ‘movie’ semalam. Kita fikirkan masalah yesterday, yester-week, dan yester-year.

Mamat ni sakitkan hati aku. Minah ni tak habis-habis membawang pasal aku. Dendam dan kisah lalu, ini semua ‘movie’ semalam.

Andai mahu berubah, kita kena ‘create movie’ masa depan. Bayangkan, kita nak jadi orang yang macam mana.

Dalam program abay, peserta diminta utk tulis story tentang apa kita nak jadi. Tak perlu lihat keadaan kita sekarang. Contoh: “Siapalah aku ni… Hmm boleh ke jadi hebat macam tu?”

Dalam program tu, rezeki buat aktiviti dengan orang hebat. Beliau pesan pilih 5 perkara kita nak capai. Contoh, fokus pada 5 ni sahaja dulu yang ingin dicapai sebelum Jun 2020.

Waktu pagi & sebelum tidur buat mental imagery yang kita dah dapat 5 perkara ni.

p/s. Gambar kertas dibakar oleh speaker program #abay Dr Rizal Abu Bakar. Bermaksud, tinggalkan ‘movie’ lama. Sekarang masa untuk install ‘movie’ baru.