Arah Mana Syurga?

The journey; arah mana Syurga?

Ada orang suka bersedekah.

Ada orang suka mengaji.

Ada orang suka solat malam.

Ada orang suka solat 5 waktu di masjid/surau.

Ada orang suka contribute money, talent or energy untuk bantu orang lain.

Adakah orang yang suka mengaji, boleh cakap sesuatu yang ‘kurang’ kepada mereka yang tidak mengaji? Siapa tahu orang ini suka bersedekah…

On a different note, pernah seorang sahabat berkongsi, jangan lihat orang yang berdosa itu sebagai pendosa. Siapa tahu malamnya dipenuhi dengan doa untuk berubah.

Sebuah cerita terkenal; seorang pelacur dijamin Syurga. Beri minum kepada anjing.

Lesson learned: Don’t judge. Doa yang terbaik untuk semua.

Saya akhiri dengan sebuah hadis kegemaran saya. Pertama kali dengar sewaktu pengajian kuliah Perubatan Islam bersama Almarhum TG Ustaz Haron Din.

Ketika itu beliau berpesan kepada pelajar untuk bantu pesakit. Pesakit yang hadir ke Darussyifa mempunya hajat. Hajat untuk dibantu agar sembuh.

Memenuhi hajat orang lain pahalanya lebih dari beriktikaf di Masjid Nabawi selama sebulan (Ustaz juga menambah, ada beberapa pendapat tentang tempoh masa yang dinyatakan.)

Hadis penuh:

“Manusia paling disukai Allah adalah mereka yang paling bermanfaat untuk manusia yang lain, dan amalan yang paling dicintai Allah  adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam (hati) seorang muslimatau engkau hilang kesusahannya, atau engkau bantu melunaskannya dari belenggu hutang, atau engkau hilangkan kelaparannya. Dan kerana seseorang yang berjalan dengan saudaranya untuk membantu memenuhi hajatnya lebih aku sukai daripada beriktikaf di dalam masjid ini, iaitu masjid (Nabawi) di Madinah, selama sebulan. Dan barangsiapa yang menahan kemarahannya maka Allah akan tutupi kekurangannya, dan siapa yg menahan kemarahannya, sedangkan dia sangat ingin meluahkan kemarahannya itu, nescaya Allah akan menenangkan (meredhai) hatinya pada hari kiamat, dan siapa yang berjalan bersama saudaranya sehingga berjaya membantu memenuhi hajatnya, nescaya Allah akan mengukuhkan kakinya di atas sirat pada hari yang banyak kaki-kaki tergelincir daripadanya (sirat).”

p/s: Arah mana Syurga?