Nak Tulis Tapi Takut Nanti Apa Orang Kata

Menulis di media social, jiwa kena kental. Kena abaikan “Nanti apa orang kata.”

Napoleon Hill menulis, salah satu ‘fear’ yang menyebabkan manusia tidak dapat maju kedepan adalah kerana memikirkan apa orang lain fikir.

Ada juga yang takut orang kata, “Macam la kau tu bagus sangat.”

Andai orang perfect sahaja layak berkogsi, maka tiada siapa yang layak berkongsi.

Menulis adalah ‘marketing’ zaman now.

Marketing adalah dakwah. Untuk sebarkan kebaikan.

“The silence of the good people is more dangerous than the brutality of the bad people.” – Martin Luther King.


Dulu nak update status rasa takut. Takut nanti apa orang kata, “Macam lah kau tu bagus sangat.”

Harini dah tak kisah. Yang penting, sebarkan ilmu. Buat saham akhirat.

Napoleon Hill dalam bukunya ada menyebut tentang “Fear of Criticsm”, the fear of what “they will say”.

Sebuah ‘fear’ yang menghalang manusia untuk terus melangkah kehadapan.

Mengikut fahaman ilmu Otak dari DrRizal pula, takut apa orang kata bermakna bahagian otak Basal Ganglia perlu diperbaiki.

Mungkin sebab dah amalkan sesuatu untuk baiki bahagian ni, sebab tu dah tak segan kot?

Kalau dulu segan, sekarang, “Lantak lah orang nak kata apa.”