Amalan Yang Lebih Baik Dari Tahajjud & Puasa

Nota: Content ini diambil dan diolah dari video Ustaz Hanan Attaki. Boleh rujuk video di akhir penulisan.

Kedudukan orang yang akhlaknya baik, adalah seperti orang ahli ibadah malam.

Kedudukan orang yang akhlaknya baik, adalah seperti orang ahli puasa di siang hari.

Ustaz ini berpesan, apabila seseorang itu hanya membuat yang wajib; solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, tetapi akhlaknya istimewa, ia umpama orang yang rajin (bertahun-tahun) ibadah malam dan puasa di siang hari.

Ketika orang perlukan bantuan, kita bantu.

Ketika orang lain menghina, kita tidak membalas (termasuk di social media).

Ketika orang lain berbuat buruk pada kita, kita diamkan dan balas dengan kebaikan.

Apabila menulis di social media, kata-kata kita menyelamatkan orang lain, tidak menyakiti orang lain. Tidak memunculkan perdebatan, tidak menyakiti perasaan, tidak menjadikan fitnah atau penggunaan bahasa yang negatif. Penulisan kita tidak menghina orang lain.