Alternatif Untuk Berkongsi Tanpa Social Media

Guru pernah menulis, “Apabila dapat idea, tulis segera. Usah biarkan idea bertakung dalam otak. Nanti idea baru tak dapat masuk.”

Pesanan ini saya ambil. Impian mahu menulis selalu dan kongsi.

Namun kadang-kadang tertanya-tanya, “Sesuai ke nak share ni kat Facebook?”

Maka mini site ini terhasil. Tulis dan post. Tanpa perlu fikir, “Apa orang lain fikir.”

Antara blog yang percuma & paling mudah untuk di setup adalah blogspot. Mira Filzah juga pernah menggunakan blogspot sebagai medium penulisan: http://mirarafilzah.blogspot.com/

p/s: Andai ada penulisan menarik, mohon dipanjangkan pada kenalan. Semoga ada pahala berterusan; untuk yang menulis, dan untuk yang share.