5 Posting Afnan Rosli Yang Di Simpan

Masa tu meeting di office. Event sudah hampir, namun masih banyak tiket belum dijual.

Masa tu bos sebut nama Afnan Rosli, “Macam mana dia boleh habis jual tiket dalam masa x minit.” (5 minit kut? Tak ingat)

Masa tu aku tertanya, “Siapa Afnan?

Dalam hati terdetik, “Aku mesti belajar taktik marketing dia nih..”

Long story short, things happened, at the end aku pun cari posting Afnan. Tapi tak jumpa. Dia dah deactivate Facebook masa tu.

But, Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, seorang sahabat yang dekat di hati rupanya save posting Afnan dalam blogspot. Ini link nya: https://afnanrosli.blogspot.com/

Moga Allah berkati usaha sahabat ini.

Ada beberapa posting Afnan dari blog itu yang saya simpan link nya di Telegram personal.

Disini aku ingin kongsikan 5 yang dekat dihati dan sebahagian excerpt dari posting tersebut:


1. Itu Janji Allah

Berdoalah dalam keadaan yakin. No doubt, no fear, no worries. But feels that it already happens. Syukur that all your wishes and desires are already being granted.

Itu janji Allah.

“Berdo’a kepadaku niscaya akan Ku-perkenankan bagimu” (QS. al-Mu’min:60)

Bertenang, be happy, relax, be in present moment. Only in these conditions magic will happens. Kerana hanya hati yang bersih sahaja mampu bertenang dan gembira sepanjang masa.


Link: https://afnanrosli.blogspot.com/2019/09/itu-janji-allah.html


2. Sebab subconscious mind tak tahu apa yang kita nak dan kita tak nak, dia hanya attract apa yang kita focuskan

Dalam posting ni Afnan cerita tentang kucing yang membuang depan pintu rumah mak dia.

Insiden itu mendatangkan ketidaksenangan pada mak dia. At last Afnan pesan kat mak dia supaya bertenang.

Lepas bertenang, kucing-kucing dah tak membuang depan pintu.

Pelik lagi ajaib. But that’s the key, bertenang.

“Then saya cakap kat mak saya. Gini ma, mama rileks je. Bertenang, jangan serabut dengan dia kencing. Lagi kita serabut, lagi kita sakit hati, lagi banyak dia berak & kencing.

Sebab subconscious mind tak tahu apa yang kita nak dan kita tak nak, dia hanya attract apa yang kita focuskan. Bila kita duk serabut, marah, geram dengan kucing tu kencing & berak. Itu lah focus kita. Kencing dan berak. Maka itu lah yang kita sedang attract. Kita sedang tarik. Lagi banyak dia datang.

Tahu tak, bila ubah focus je. Harini clear terus. Lapang dada rasa. Takde langsung kencing, takde berak, bau pun takde, buka pintu tu rasa macam legaaaa sangat.

Saya tanya mak saya tadi waktu berbuka. Macamana rasa buka pintu pagi ni? Mak saya siap cakap, rasa macam nak sujud syukur depan pintu. Itu lah betapa lega nya hati beliau.

Hahahaha, benda simple je kan?

Kita pun dalam hidup ni banyak silap focus. Banyak kita focus pada benda yang kita taknak. Antara emosi yang salah focus kita ialah fear. Ketakutan.

Saya selalu sebut. Ketakutan juga ialah satu bentuk doa. Tetapi doa perkara yang kita taknak berlaku. Cuma nya sebab kita focus pada takut itu. Itu lah exactly apa yang akan berlaku. Kerana itu lah focus kita.

Ingat. Worrying is a form of prayers for the things you don’t want.

Harap anda Belajar sesuatu dari kisah ini.
Ubah focus anda, ubah nasib anda.”


Link: https://afnanrosli.blogspot.com/2019/09/sebab-subconscious-mind-tak-tahu-apa.html


3. Cara Nak Bahagia Macam Budak Kecik

Dalam posting ni ada 2 benda yang eye-catching untuk aku.

Pertama, tentang elakkan dosa:

Dosa ni getaran dia rendah. Dia buat hati kita bergetar pada Vibrations Guilt & Fear. Rasa bersalah dan takut. So, budak kecik ni, dia tidak ada dosa. Dia jauh dari dosa. Bila kita tak buat dosa, baru seluruh Makhluk sayang.

Kedua, tentang kita pantulkan happiness dari dalam hati, happiness yang akan dipantulkan kembali pada kita:

Bila saya belajar tentang Energy, tentang Vibrations. Saya mula faham. Rupanya budak kecik ni, dia Vibrates pada Vibrations yang sangat tinggi. Pada level Happiness, pada level Joy dan Blissfulness.

Sebab dia sentiasa happy. Orang sekeliling rasa Bahagia duduk dengan dia, sebab orang nak menumpang Energy positive dia. Orang sekeliling rasa happy, rasa Bahagia duduk dengan dia.

Hasilnya, semua orang sayang, semua orang nak memberi something pada dia.

Dan kita pun patutnya macamtu. Kita kena sentiasa berada pada state tu. Happiness, Joy, Bliss. Ape pun jadi kat pejabat, ape pun jadi kat dunia luar pada diri kita. Dalaman kita kena Bahagia.

Bila dalaman kita Bahagia, orang keliling semua rasa nak dekat dengan kita, nak menumpang seronok kita, nak serve kita, nak memberi sesuatu pada kita. Sebab orang rasa selesa dan sedap khidmat pada kita.


Link: https://afnanrosli.blogspot.com/2019/08/cara-nak-bahagia-macam-budak-kecik.html


4. Belajar Gunakan Kuasa Minda & Hati Anda

Pernah tak, bila kita teringat pada seseorang, tiba-tiba orang tu call kita, Whatsapp kita ataupun tiba-tiba terserempak jumpa depan mata kita. Even orang tu dah bertahun tahun kita tak jumpa. Pernah kan?
.
.
Sebenarnya MINDA & HATI kita ni Powerful. Minda & Hati kita ni macam phone. Kita boleh Dial sesiapa saja, diorang boleh duduk di mana saja di dunia ni, asal kita dial nombor mereka, mereka akan Terima panggil kita, dan mereka boleh jawap.

Begitu lah juga Minda & Hati kita. Kita boleh berhubung dengan sesiapa saja yang kita nak dalam dunia ni. Cumanya kita kena belajar bagaimana nak kawal kuasa itu. Most of the time, benda ni berlaku by accident dalam our life, tanpa kita sedar.

Tapi kalau kita mampu kawal. Dahsyat! Memang Dahsyat, what it can do to our life.

For the past few month saya test untuk Apply benda ni. Saya baru terdetik nak Belajar NLP dan Dreamboard, tau2 Tuan Zuhairi Nopiah datang ke rumah saya, invite saya ke Seminar NLP & Dreamboard beliau, FREE.
.
.
Amazing kan? Allah gerakkan hati manusia. Begitu juga Clients saya. Ada beberapa Client, yang saya niatkan mereka supaya Contact saya. Walhal tak pernah jumpa, tak pernah kenal. Tau-tau mereka Contact nak beli karya.

Now, ini asas penting yang anda perlu Faham. Kalau tidak, boleh lari Aqidah.

Sama macam phone, Phone kita release gelombang, naik ke Satellite, Satellite pantulkan balik gelombang ke bumi, terus ke phone yang kita dial tadi. Jadi rakan kita boleh jawap panggilan kita.

Begitu juga Minda & Hati kita. Kita release Niat, Vibrations & Doa pada Allah. Allah yang gerakkan hati orang yang kita Doakan itu untuk Contact kita, jumpa kita, beli barang kita dan sebagainya. Jadi, pokok nya, Kuasa Allah. Bukan kuasa kita.

Cuma nya, hati & minda kita itu, Allah cipta dengan capacity untuk berhubung dengan hati & minda orang lain.

So, Next time kalau ada terasa macam ada orang memanggil-manggil kita, terasa rindu, terasa ingatkan seseorang. Itu sebenarnya ada orang sedang ingat kita.

Belajar sesuatu? Cuba latih untuk Master menggunakan Kuasa Minda & Hati ini.

5. Faham Rahsia Ini, Rezeki Datang Berlumba-Lumba

Dalam posting ini, Afnan cerita cari kopiah tak jumpa. Masa tu nak pergi Subuh di masjid. Masa kalut-kalut cari tak jumpa.

Kemudian dia bertenang, masuk rumah, terus jumpa.

Again, the key is bertenang.

Nak tahu tak kenapa benda ni terjadi?

Sebab waktu kita cari dengan kalut tadi tu, kita Operate at Low Vibrational Frequency. Getaran tenaga kita rendah waktu tu.

Pastu, Emotions kita biasanya duduk di Victimisation & Sufferings. Sebab tu makin kita cari, makin tak jumpa.

Begitu juga lah dengan #Rezeki kita. Kebanyakkan orang, Operate at Low Vibrational Frequency. Mereka Operate at Survival Mode. Duk risau nak bayar bill bulan ni, risau nak makan apa harini, risau bayar sewa, risau itu dan ini.

Itu semua Survival Mode. Bila kita dalam survival mode itu yang makin kita cari Rezeki, makin tak jumpa. Keadaan yang sama macam situasi kita cari kunci atau wallet tadi.

Tapi ada orang. Diorang Operate pada Vibrational Frequency yang tinggi. Pergi enjoy sana, enjoy sini, lagi banyak Rezeki mereka masuk. Jalan sana, jalan sini, lagi banyak customer datang pada dia, lagi banyak sales dia. Dan saya kenal ramai orang macamni.

So, macamna nak ubah vibration kita bagi diri kita vibrate pada level lebih tinggi?

1. Cuba tengok chart ni. High Frequency bermula pada state #GRATITUDE.


2. So, 1st steps, mula Bersyukur. Setiap apa kita buat, bersyukur dulu. Nak makan, syukur dulu, nak naik kereta, syukur dulu, nak masuk rumah, syukur ada rumah. Syukur tu akan ubah Frequency kita serta merta.

3. Atas pada Gratitude ialah #APPRECIATION. 2nd steps ialah menghargai semua benda sekeliling kita. Hargai orang sekeliling, kawan, keluarga, setiap harta kita, hargai semua benda. Hargai masa dan suasana sekeliling. Paling senang, pergi peluk seramai orang yang anda mampu harini.

4. Kemudian atas pada Appreciation ialah #JOY. Joy ni paling senang. Just buat semua benda yang kita suka, kita enjoy, kita happy. Buat je. Lagi banyak kita Joy, lagi banyak Rezeki datang.

5. LOVE, FREEDOM, BLISS yang 3 Frequency paling atas ni, kita boleh dapat dalam solat. Especially bliss tu. Bliss tu, dalam solat atau meditation kita boleh dapat. Sebab tu kalau solat betul betul InsyaAllah Rezeki tu takyah Risau. Dia datang melimpah limpah. Sebab, kita Operate at Highest Vibrational Frequency.

Tak jumpa chart yang Afnan refer. Gratitude > Appreciation > Joy > Love | Freedom | Bliss

Link: https://afnanrosli.blogspot.com/2019/08/faham-rahsia-ni-rezeki-datang-berlumba.html

Untuk baca semua posting Afnan, boleh refer blog ni terus: https://afnanrosli.blogspot.com/

Ada banyak lagi posting menarik di sana.

Semoga Allah berkati Afnan dalam sebarkan banyak pengetahuan tentang rahsia alam. Dan semoga ada sejuta Afnan yang wujud selepas ni dalam bersama membantu meningkatkan kehebatan ummah, inshaAllah.

Rahsia alam adalah shortcut kepada kejayaan.

Kita dah lihat kehebatan Rasulullah saw, para sahabat seperti Abu Bakar, Usman, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi orang-orang hebat di masa lampau; aku yakin kehebatan mereka adalah asbab pengetahuan rahsia alam yang Allah kurniakan disebabkan oleh kekuatan amalan mereka.