Zikir & Meditasi

Di US, setiap tahun ada conference bernama ‘Wisdom Conference’. Di conference ini, pakar teknologi dan pakar meditation berkumpul.

Apa kaitan teknologi dan meditation?

Dalam posting lepas saya berkongsi tentang tips khusyuk solat. Di akhir perkongsian, saya berkongsi briefly bagaimana social media menyebabkan otak kita melompat dari satu status ke status lain.

Solat yang tidak khusyuk itu melompat dari satu fikiran ke fikiran yang lain.

Dan teknologi hari ini dicipta untuk ‘tarik attention’ user supaya banyakkan masa bersama apps mereka.

Social Media: Facebook, Instagram, Twitter; pakar teknologi mereka perlu berfikir macam mana nak buat interface lebih menarik supaya user keep scrolling dari satu status ke satu status yang lain.

YouTube; perasan tak dekat sebelah kanan (utk laptop) atau sebelah bawah (untuk handphone) ada suggestion video lain? Begitulah caranya untuk membantu user keep spending time dengan apps mereka.

Netflix; suggestion movies. Sounds familiar?

Bagaimana Meditasi Membantu?

Meditasi membantu untuk tenteramkan minda. Cara untuk meditasi, kesan pada otak, semua ini dikongsi pada artikel lepas: “Tips ‘Rare’ Khusyuk Solat”

Meditasi bukan perkara baru. Sudah diamalkan sejak beribu tahun dahulu oleh orang-orang lama.

Kalau perasan, buku-buku yang ditulis oleh penulis zaman dahulu sangat berkualiti. One of the reasons; pada zaman mereka tiada gangguan teknologi.

Tiada mindless scrolling on social media, tiada TV. Bayangkan kualiti content yang terhasil dengan minda yang ‘full of clarity’.

Zaman ini, meditasi ini sangat perlu untuk ‘clear’ kan minda.

Solat itu sendiri sebenarnya adalah meditasi. Dalam solat, fokus kita sepatutnya adalah pada bacaan dalam solat.

Salah Faham Tentang Meditasi

Meditasi ini kadangkala di salah ertikan. Ramai yang melihat ianya adalah aktiviti ritual agama lain.

Orang Buddha juga melakukan meditasi. Mereka duduk diam-diam tak buat apa-apa. Kosongkan minda.

Di tempat mereka ada loceng besar. Perasan tak dalam TV biasanya ada. Kita tak perlu pakai loceng seperti mereka.

Orang Hindu juga ada meditasi. Biasanya dikaitkan dengan ‘chanting a mantra’. Kalau perasan dalam cerita Hindustan ada tunjuk. Kita juga tak perlu ikut mereka.

Kita orang Islam, tak perlu ikut cara agama lain.

Istimewanya kita, orang Islam adalah kurniaan zikir.

Zikir

Pakar bidang otak, DrRizal Abu Bakar ada menulis tentang kehebatan zikir pada otak:

Kajian dari Harvard University tahun 2011 buktikannya.

Zikir besarkan hippocampus. Pusat memori dan belajar. Bayangkan apabila hippocampus besar. Apa akan jadi pada kemampuan mengingat dan belajar? Bukankah lebih hebat?

Kajian ini juga dapati amygdala, pusat TAKUT manusia menjadi kurang aktif. Tiada ketakutan. Muncul TENANG. Timbul DAMAI.

SubhanAllah hebatnya zikir ini. Kajian dari Yale University pula dapati ia mampu tenteramkan fikiran liar kita. Fikiran yang melompat sakan dari satu topik ke topik lain tanpa henti. Bahasa Sains Otak ialah Monkey Mind. Bukankah apabila fikiran tidak melayang, kita terasa DAMAI?

Aku menghela nafas. Hebat betul peringatan Allah ini. Suruhan zikir ini juga menurut kajian di UCLA tingkatkan bahagian grey matter (bahagian kelabu) otak. Bahagian ini punya sel otak yang paling banyak.

Maksudnya? Mudah. Sel otak bertambah dengan zikir. Hebat sungguh!


Rujukan lanjut:
https://neuroversiti.com/hebatnya-zikir/
https://neuroversiti.com/zikir-otak/

Zikir & Meditasi

Disini saya ingin ‘highlight’ kelebihan zikir yang dikaitkan dengan meditasi:

Kajian dari Yale University pula dapati ia mampu tenteramkan fikiran liar kita. Fikiran yang melompat sakan dari satu topik ke topik lain tanpa henti. Bahasa Sains Otak ialah Monkey Mind. Bukankah apabila fikiran tidak melayang, kita terasa DAMAI?

DrRizal Abu Bakar

Boleh rujuk artikel sebelum ini saya kongsikan tips meditasi sebelum solat, diikuti zikir berulang sebut “Allah”.

Moga Allah hadiahkan kita nikmat istiqamah untuk lakukan aktiviti ini sebelum solat.