Tips Untuk Elak Fikir Masalah

Pernah kawan mengadu masalah rumah bersepah, anak masih kecil, well you got the point.

Nak share pengalaman sendiri takde. Hanya boleh kongsi apa yang pernah dibaca; switch focus kita.

Contoh, rumah bersepah. “Syukur ada rumah”.

Bila anak bising, “Syukur ada anak.”

Ada orang kahwin, takde anak. Yang tak kahwin lagi toksah cerita.

Bila dengar bunyi bising, “Syukur dikurniakan pendengaran.”

Ada orang ada telinga, tapi tak dapat dengar.

Ayat ni kita selalu dengar, “If you’re grateful I will increase you.”

Ayat ini adalah khutbah yang disampaikan oleh Nabi Musa pada kaum Bani Israel. Ketika itu, mereka diusir dari negara. Anak mereka dibunuh.

Bayangkan pelarian Syria. Rohingya. Palestine. Bayangkan pula anak-anak mereka dibunuh. Kena merempat negara lain.

Pastu ada orang datang bagi nasihat, “If you’re grateful I will increase you.”

Nak bersyukur celah mana?

At least bagi lah nasihat, la tahzan. Don’t be sad – Ye ke?

Nasihat bersyukur boleh ubah attention kita pada perkara lain.

Mereka pernah ada nikmat berkeluarga. Mereka ada peluang berhijrah ke tempat lain. Mereka masih hidup untuk mulakan hidup baru.

Ada hikmah disebalik nasihat ‘arahan bersyukur’ itu. Shift your focus.

Bila Nampak orang sedih, tukar topik. “Suka makan apa?” “Sedap kan makanan ni?”
Sebut apa-apa topik yang orang tu suka.

Bila anak kecil menangis, kita tukar attention dia pada benda lain. “Haa tengok tu,” sambil tunjuk awan di langit.

Ada satu kajian sains. Setiap malam, peserta perlu tulis 3 perkara yang mereka syukuri bersama sedikit penjelasan. Kajian diteruskan untuk 21 hari.

Dalam masa seminggu mood mereka terus berubah. Mood jadi stabil. Mereka lebih ceria.

Mood mereka kekal berubah hingga ke bulan 3. Setelah eksperimen dihentikan, mood mereka terus kekal ceria. Tiada lagi duka dan nestapa.

Bersyukur menyebabkan otak merembeskan dopamine, bahan kimia otak yang membuatkan kita rasa bahagia.

Boleh teruskan bacaan lanjut tentang bersyukur dari perspektif sains disini: https://neuroversiti.com/kesan-syukur-menurut-kajian/

Bila orang kata, “Saya tak tahu nak bersyukur apa.”

Dan tugas syaitan adalah membuatkan orang tak bersyukur. Boleh rujuk Surah Al-A’raf [7:17]:

Rujukan tambahan:
Boleh rujuk penjelasan Nouman Ali Khan tentang ayat bersyukur dalam Surah Ibrahim di YouTube.